Pengaman
Pengaman

Pengaman

Pengaman atau menjaga keamanan bermaksud aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan keadaan aman yang berkekalan.[1][2] Penyelidikan secara amnya mendapati penjagaan keamanan dapat mengurangkan kematian orang awam di medan perang dan mengurangkan risiko perang yang berterusan.Di dalam kumpulan kerajaan dan organisasi negara-negara bangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat pemahaman umum di peringkat antarabangsa, pasukan pengaman memantau dan memerhati proses keamanan di kawasan pasca-konflik, dan mungkin membantu bekas-bekas pejuang dalam melaksanakan komitmen perjanjian damai yang telah mereka tandatangani. Bantuan sedemikian boleh datang dalam banyak bentuk, termasuk langkah-langkah membina keyakinan, susunan perkongsian kuasa, sokongan pengundi, mengukuhkan kedaulatan undang-undang, dan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pasukan pengaman PBB (sering disebut sebagai Beret Biru atau Helmet Biru kerana beret atau helmet mereka yang berwarna biru muda) boleh merangkumi askar, pegawai polis, dan kakitangan awam.[1][3]PBB bukanlah satu-satunya organisasi untuk melaksanakan misi-misi keamanan. Pasukan pengaman bukan PBB termasuklah misi NATO di Kosovo (dengan keizinan PBB) dan Pasukan Multinasional dan Pemerhati di Semenanjung Sinai atau yang diatur oleh Kesatuan Eropah (seperti EUFOR RCA, dengan keizinan PBB) dan Kesatuan Afrika (seperti Misi Kesatuan Afrika di Sudan). Pasukan Keamanan Tanpa Kekerasan adalah satu NGO yang dianggap mempunyai kepakaran dalam perdamaian umum oleh sukarelawan bukan kerajaan atau aktivis.[4]Dibawah undang-undang antarabangsa, pasukan pengaman adalah bukan pejuang kerana sikap berkecuali mereka dalam konflik antara dua atau lebih pihak yang berperang (taraf sama dengan kakitangan berkecuali dan harta benda di luar tugas-tugas pengaman) dan harus dilindungi dari sebarang serangan.[5]

Rujukan

WikiPedia: Pengaman http://afs.sagepub.com/cgi/content/abstract/23/3/3... http://afs.sagepub.com/cgi/content/abstract/27/1/5... http://afs.sagepub.com/cgi/content/abstract/32/3/4... http://afs.sagepub.com/cgi/content/abstract/33/2/1... http://www.severineautesserre.com/research/peacela... http://www.columbia.edu/~vpf4/ISQ%20offprint.PDF //citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/summary?doi=10.1.1... //doi.org/10.1080%2F13533310500436508 //doi.org/10.1080%2F14781150600687775 //doi.org/10.1111%2Fj.0020-8833.2004.00301.x