Pengeboman_JW_Marriott_2003

Pengeboman Hotel JW Marriott berlaku pada 5 Ogos 2003 di Setiabudi, Jakarta Selatan, Indonesia. Seorang pengebom berani mati telah meletupkan bom kereta di luar lobi Hotel JW Marriott, yang membunuh 12 orang dan mencederakan 150 yang lain. Kesemua yang terbunuh adalah orang Indonesia dengan pengecualian seorang peniaga Belanda. Hotel berkenaan telah dianggap sebagai satu simbol Barat, dan telah digunakan oleh pesuruhjaya Amerika Syarikat untuk pelbagai acara [1]. Hotel ini kemudiannya ditutup selama lima minggu sebelum dibuka semula pada 8 September.Enam hari selepas serangan ini berlaku, al-Qaeda mendakwa bertanggungjawab [2]. Jemaah Islamiyah (JI), satu pertubuhan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan al-Qaeda, dikatakan telah menjalankan pengeboman tersebut.