Kelaziman Penghakiman_khalayak

Di Asia

Tindakan penghakiman beramai-ramai sering dilaporkan di India, seringkali antara kasta-kasta Hindu ataupun anutan agama berbeza, terutamanya dilakukan golongan penganut Hindu terhadap orang Islam[3][4] atau kasta Dalit[5][6] untuk perbuatan tertentu yang dianggap salah seperti menjual atau memakan daging lembu (lembu sapi dianggap haiwan suci kepercayaan Hindu)

Terdapat seberapa kes di Palestin di mana warga setempat yang disyaki bekerjasama dengan rejim Israel dihukum secara terbuka;[7][8][9] terutamanya pada zaman Intifadah Pertama.[10] Situasi ini juga ada ditimpa kepada pihak Israel sekali - pada Oktober 2000, dia orang askar simpanan Israel memasuki Ramallah secara tidak sengajanya[11] dan ditahan polis Palestin, namun khabar angin tersebar bahawa dua-dua orang ini disangka sebagai perisik sehingga ramai yang menyerbu penjara kedua-dua askar ini ditahan dan memukul mereka sehingga mati.[12][13][14][15][16] Pada Julai 2014, tiga orang warga Israel menculik seorang remaja Palestin yang sedang menunggu solat subuh lalu menyeksa dan membakar badannya.[17] Pada 18 Oktober 2015, seorang pemohon suaka dari Eritrea dipukul dan ditembak beberapa orang pengawal keselamatan Israel bteralu-talu di Be'er Sheva kerana disangka menembak bas polis.[18]

Di Amerika Syarikat

Insiden penghukuman sebegini paling ketara berlaku di kawasan selatan lafi-lagi sekitar zaman meletusnya Perang Saudara Amerika terhadap orang berkulit hitam kononnya untuk menghukum penjenayah tapi banyaknya untuk melepaskan rasa kebencian terhadap kaum tersebut.

Orang dari kalangan bangsa-bangsa Hispanik, peribumi asli,[19] Asia,[19] Jerman,[20] orang Finland,[21] dan orang Itali[22][23] turut menjadi mangsa.

Di Afrika

Penghukuman ini sering telrihat pada tahun 1980-an di Afrika Selatan semasa zaman apartheid di mana sesiapa yang disyaki bersubahat dengan pemerintah kulit putih akan diseksa serta dipakaikan tayar getah seakan kalung yang disimbah petrol sebelum dibakar sehingga mati.