Kritikan Pengkritik

Daripada segi jangkaan, kritikan bererti pertimbangan demokratik tentang kesesuaian sesuatu perkara bagi tujuan yang dimaksudkan, bertentangan dengan perintah autoritarian yang bertujuan untuk mencapai realisasi mutlak terhadap kehendak sesuatu pihak berkuasa. Justera, perintah autoritarian tidak terbuka kepada sebarang pertikaian.

Kritikan ialah kegiatan membuat pertimbangan atau penafsiran termaklum. Bagi banyak kes, ia merupakan sinonim kepada istilah "analisis". Dalam konteks kesusasteraan dan akademik, istilah itu paling biasa merujuk kepada kritikan kesusasteraan, kritikan seni, dan bidang lain yang serupa, serta juga kepada percubaan sarjana untuk memahami sesuatu objek estetik dengan mendalam. Dalam konteks sebegini, istilah "pengkritik" yang digunakan tanpa pengubah suai atau pembatasan, paling biasanya merujuk kepada sarjana kesusasteraan atau sarjana bentuk seni yang lain.

Dalam konteks yang lain, istilah "kritikan" memerikan tentangan atau percanggahan terhadap sesuatu perkara kritikan. Ada kalanya, kontek dan perbalahan merupakan satu-satunya faktor pembezaan antara kedua-dua pendekatan tersebut. Misalnya, dalam bidang politik (seperti dalam frasa "kritikan terhadap dasar luar negeri"), "kritikan" hampir selalu bersifat percanggahan, manakala dalam bidang akademik, seni, dan kesusasteraan (seperti dalam frasa "kritikan terhadap puisi Romantik"), ia biasa merujuk kepada kegiatan penafsiran atau analisis yang tidak ketara.

Kritikan membina

Kritikan membina, atau analisis membina, ialah kritikan yang bersikap belas kasihan terhadap orang yang dikritik. Memiliki pengalaman yang lebih tinggi, bakat, penghargaan, dan pengetahuan dalam bidang tertentu, serta juga mampu meyakinkan secara lisan pada waktu yang sama, orang ini bermaksud untuk meningkatkan kebendaan, kesusilaan, emosi atau kerohanian orang lain.

Untuk berjaya dalam kritikan belas kasihan, seseorang pengkritik perlu mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan orang yang dikritik, dengan hubungan tersebut biasanya merupakan hubungan ibu bapa kepada anak, kawan kepada kawan, guru kepada murid, pasangan kepada pasangan, atau mana-mana jenis kewibawaan dalam sesuatu bidang. Justera, perkataan "membina" digunakan daripada segi bahawa sesuatu kesudahan yang dapat dinampak dapat dihasilkan, berbanding dengan yang bertentangan. Dalam bidang pedagogi, pembelajaran penyertaan berdasarkan prinsip kritikan membina tersebut dan menumpukan contoh positif yang perlu diikut, berbanding dengan kata-kata nasih yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, ketegangan masih dapat wujud dalam sokongan yang ramah dan kritikan yang berguna. Sungguhpun seseorang pengkritik dapat membantu seseorang seniman untuk mengenal pasti apa yang lemah atau semberono dalam karyanya, cara mengkritiknya mungkin kelihatan keras atau bersifat berat sebelah. Walaupun demikian, kritikan yang berguna masih merupakan sebahagian kritikan membina.