Pentas_Ais_Ross
Pentas_Ais_Ross

Pentas_Ais_Ross

Pentas Ais Ross ialah pentas ais yang terbesar di Antartika dengan keluasan kira-kira 487,000 kilometer persegi (188,000 batu persegi) dan sekitar 800 km (500 batu) merentasinya, yakni seluas negara Perancis.[1] Ketebalan pentas ini dikukur sebanyak beberapa ratus meter. Depan ais menegaknya yang menghadap ke laut terbuka berukuran panjang lebih daripada 600 kilometer (370 batu), dan berketinggian antara 15 dan 50 meter (49 dan 164 ka) tinggi dari aras permukaan laut.[2] Bagaimanapun, sebanyak sembilan puluh peratus daripada aisnya yang terapung berada di bawah permukaan air.Sebahagian besar pentas ais ini berada dalam Wilayah Tanggungan Ross yang dituntut oleh New Zealand. Ia terapung serta menutupi bahagian besar selatan Laut Ross dan seluruh Pulau Roosevelt yang terletak di barat Laut tersebut.Pentas ais ini dinamakan sempena Kapten James Clark Ross yang menemukannya pada 28 Januari 1841. Ia pada asalnya diberikan pelbagai gelaran seperti The Barrier ("Penghalang") dan terutamanya Great Ice Barrier ("Halangan Ais Besar") kerana ia menghalang kapal-kapal berlayar jauh ke selatan. Ross memetakan depan ais ini ke arah timur di 160°W. Pada tahun 1947, Badan Penamaan Geografi Amerika Syarikat menggunakan nama Ross Shelf Ice (Ais Pentas Ross) untuk ciri alam ini yang diterbitkan dalam makalah US Antarctic Gazetteer. Pada bulan Januari 1953 pula, nama tersebut telah ditukar kepada Ross Ice Shelf (Pentas Ais Ross) yang turut diterbitkan pada tahun 1956.[3][4]