Pencegahan Penyakit_koronavirus_2019

Organisasi kesihatan global telah menerbitkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan. Pencadangan adalah sama seperri yang telah diterbitkan untuk koronavirus lain dan termasuk: cuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air; tidak memegang mata, hidung, atau mulut dengan tangan yang tidak dibasuh; dan mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik.[40][41]

Penggunaan topeng muka oleh orang yang sihat di tempat awam belum lagi dicadangkan.[42][43][11]

Untuk mengelakkan penularan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mencadangkan bahawa individu yang dijangkiti untuk tinggal di rumah kecuali ingin mendapatkan rawatan perubatan; hubungi terlebih dahulu sebelum melawat pembekal penjagaan kesihatan; gunakan topeng muka (terutamanya di tempat awam); tutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin menggunakan tisu; kerap mencuci tangan dengan sabun dan air; dan elakkan berkongsi barangan peribadi.[44]

Rujukan

WikiPedia: Penyakit_koronavirus_2019 http://www.nhc.gov.cn/yzygj/s7653p/202002/18c1bb43... http://news.cctv.com/2020/01/25/ARTIce5OB5W3sORPe9... http://www.koreabiomed.com/news/articleView.html?i... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.washingtonpost.com/world/asia_pacific/c... http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/26/c_1387... http://www.xinhuanet.com/english/2020-02/15/c_1387... http://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2020/01... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31949058 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31959587