Isu Penyepit

Persekitaran

Penyepit pakai buang membawa kesan buruk kepada alam sekitar.[8][9] Di China, kira-kira 45 bilion pasang penyepit pakai buang digunakan pada tahun itu, bersamaan 1.7 bilion meter padu balak, atau kira-kira 25 juta pokok dewasa. China ialah pengeluar terbesar penyepit pakai buang, dengan seramai 60,000 orang bekerja sebagai pembuat penyepit ini. Tahap pengeluaran sebegini boleh membawa kepada pembasmian hutan secara berleluasa.[9] Oleh yang demikian, cukai dikenakan pada harga penyepit yang hanya digunakan sekali ini. Pengguna juga digalakkan mengganti penyepit pakai buang buatan kayu dengan penyepit kekal buatan plastik atau logam.[9]

Kesihatan

Pada tahun 2003, satu kajian mendapati bahawa sesiapa yang kerap menggunakan penyepit lebih tinggi sedikit risikonya menghidapi artritis pada tangannya, yang mana rawan dalam tangan menjadi lesu sehingga menyebabkan kesakitan di sendi tangan, khususnya bagi pengguna berusia tua.[10][11] Lebih-lebih lagi, ada penyepit tertentu yang boleh membawa kepada penyakit batuk atau asma.[12]

Rujukan

WikiPedia: Penyepit http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa_... http://www.ajc.com/news/content/news/stories/2008/... http://itotd.com/articles/555/tableware-taboos/ http://www.minnesota-china.com/PDFs/protocolTips.p... http://www.webmd.com/osteoarthritis/news/20031024/... http://whatjapanthinks.com/2007/08/29/chopstick-ba... http://news.xinhuanet.com/english/2005-06/02/conte... http://www.niams.nih.gov/News_and_Events/Spotlight... http://mothra.rerf.or.jp/ENG/Hiroshima/Things/85.h... http://www.japanese-restaurants.net/chopsticks.htm