Penggunaan Penyepit

Apabila menggunakan penyepit, kedua-dua batangnya dipegang rapat dalam tangan yang sama, biasanya tangan kanan.[4] Di sesetengah majlis rasmi, memegang penyepit dengan tangan kiri dianggap tidak sopan.[5]

  1. Letakkan sebelah penyepit di antara tapak tangan dan pangkal ibu jari, dengan menggunakan jari manis untuk menyokong bahagian bawah batang itu. Himpit batang itu ke bawah dengan ibu jari dan tolaknya ke atas dengan jari manis. Batang itu haruslah pegun dan cukup stabil.
  2. Pegang batang yang satu lagi dengan hujung ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu seperti memegang pen. Pastikan kedua-dua batang berbaris lurus.
  3. Batang yang atas digerakkan naik turun pada batang bawah yang pegun.
  4. Setelah berlatih secukupnya, kedua-dua batang berfungsi seakan-akan kacip yang boleh memegang objek.

Jika kedua-dua hujung batang tidak berbaris rata, susahlah untuk memegang apa-apa. Pegang penyepit tegak-tegak dengan hujung sebelah menyentuh meja sedikit-sedikit, kemudian tolak penyepit ke bawah dengan perlahan atau longgarkan genggaman seketika agar kedua-dua hujung menjadi sama rata. Beginilah juga caranya untuk membetulkan pegangan atau cara memegang penyepit. Cuba memegang penyepit dalam pelbagai sudut untuk membiasakan diri dengan penggunaannya.

Rujukan

WikiPedia: Penyepit http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa_... http://www.ajc.com/news/content/news/stories/2008/... http://itotd.com/articles/555/tableware-taboos/ http://www.minnesota-china.com/PDFs/protocolTips.p... http://www.webmd.com/osteoarthritis/news/20031024/... http://whatjapanthinks.com/2007/08/29/chopstick-ba... http://news.xinhuanet.com/english/2005-06/02/conte... http://www.niams.nih.gov/News_and_Events/Spotlight... http://mothra.rerf.or.jp/ENG/Hiroshima/Things/85.h... http://www.japanese-restaurants.net/chopsticks.htm