Penyulitan (
bahasa Inggeris: encryption) ialah proses untuk mengaburkan
maklumat supaya tidak dapat dibaca tanpa pengetahuan khusus. Sedangkan penyulitan telah digunakan untuk melindungi
komunikasi selama berabad-abad, hanya pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang mempunyai keperluan menyimpan
rahsia yang luar biasa pernah menggunakannya. Bagaimanapun, pada pertengahan
dekad 1970-an, penyulitan muncul daripada domain tunggal agensi-agensi kerajaan perahsia dan memasuki domain awam. Proses ini kini dipergunakan untuk melindungi sistem-sistem yang digunakan secara meluas, seperti
e-perdagangan Internet, rangkaian
telefon bimbit dan
mesin juruwang automatik (ATM) untuk
perbankan.Walaupun penyulitan boleh digunakan untuk memastikan kerahsiaan, teknik-teknik lain masih diperlukan untuk memastikan keselamatan komunikasi, khususnya untuk menentusahkan kesempurnaan dan kesahan perutusan; umpamanya,
kod pengesahan perutusan (MAC) atau
tandatangan digit. Lagi satu pertimbangan ialah perlindungan terhadap
analisis trafik.Penyulitan atau
pengeliruan kod perisian juga digunakan untuk
perlindungan daripada sebarang penyalinan oleh
kejuruteraan balikan, analisis aplikasi tanpa kebenaran, pemecahan kod perisian, dan cetak rompak perisian yang digunakan oleh pelbagai
perisian penyulitan atau
pengeliruan.