Latarbelakang Peperangan_kubu_parit

Membina kubu adalah sama usia dengan peperangan itu sendiri; bagaimanapun, dari segi bandingan saiz tentera yang kecil dan ketiadaan senjata jarak jauh, secara tradisinya kubu tidak mungkin dapat dipertahankan kecuali untuk garisan pertahanan yang pendek atau kubu kuat yang terasing. Kubu panjang dalam dunia silam, seperti Tembok Besar Negeri Cina atau Pagar Hadrian, merupakan pengecualian kepada kebiasaannya dan walaubagaimanapun ia tidak direka bagi menghalang pihak musuh sepenuhnya, tetapi sekadar menyukarkan musuh menyerang secara besar-besaran. Tembok besar negeri Cina, sebagai contoh, tidak bertujuan untuk mengekalkan penyerang di luar, sekadar menghalang mereka membawa kuda mereka masuk.

Walaupun kedua-dua seni perkubuan dan seni senjata maju dengan banyaknya pada separuh abad, kemajuan busur panjang longbow, musket isi hadapan muzzle-loading, dan juga artillery tidak menukar hukum tradisi bahawa kubu memerlukan sejumlah besar tentera untuk mempertahankannya. Sejumlah kecil tentera tidak mampu mengekalkan jumlah tembakan yang mencukupi bagi mematahkan serangan yang bersungguh-sungguh.

Peperangan pengepungan Siege warfare

Kebanyakan taktik yang digunakan dalam peperangan parit telah wujud bertahun lamanya dalam peperangan pengepungan. Ia adalah perlaksanaan teknik ini antara dua tentera di lapangan yang merupakan perkara baru.

Julius Caesar dalam Peperangan Gallic menggambarkan bagaimana semasa Pertempuran Alesia, legion Roman membina dua dinding pertahanan mengelilingi bandar. The inner circumvallation, 10 batu, mengurung pasukan Vercingetorix, sementara kepungan circumvallation luar menghalang pasukan penyelamat dari sampai kepada mereka. Pihak Rom menguasai lapangan antara kedua dinding. Pasukan Gauls, mengalami kebuluran, akhirnya terpaksa menyerah dengan pasukan penyelamat mereka melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

Apabila meriam pertahanan dimajukan, teknik menyerang bandar atau kubu menjadi biasa mengikut istiadat ritualised. Tentera yang menyerang akan mengelilingi bandar yang akan diminta menyerah. Sekiranya mereka enggang, tentera yang menyerang akan mengelilingi bandar tersebut dengan kubu sementara untuk menghalang sallies dari kubu tersebut atau pasukan bantuan dari menembusi masuk. Kemudian pasukan penyerang akan membina parit selari dengan kubu pertahanan dan diluar artilleri pasukan yang bertahan. Mereka kemudian akan menggali perit kearah bandar dalam pola berkeluk-keluk agar ia tidak dapat di enfilade oleh tembakan musuh. Apabila sampai kedalam jarak artilleri parit selari tambahan akan digali dengan tapak meriam. Jika perlu, tembakan meriam pertama akan digunakan untuk melindungi proses ini yang diulang sehinggakan meriam diletakkan cukup hampir untuk membuat bukaan pada tembok pertahanan. So that the forlorn hope and support troops could get close enough to exploit the breach more zigzag trenches could be dug even closer to the walls with more parallel trenches to protect and conceal the attacking troops. Selepas setiap peringkat dalam proses ini, penyerang akan meminta mereka yang bertahan menyerah. Sekiranya forlorn hope berjaya menembusi pertahanan musuh, tiada belas kasihan akan diberikan.

Pas orang Maori

Orang-orang Maori di New Zealand telah membina kubu stockades di bukit dan semenanjung kecil selama berabad lamanya sebelum berlaku pertembungan dengan orang-orang Europah, yang dikenali sebagai Pa. Ia menyerupai kubu zaman Besi kecil yang terdapat di sekitar mukabumi British dan Irish. Apabila orang-orang Maori bertembung dengan pihak British mereka memajukan Pa menjadi sistem pertahanan perparitan, lubang rifle, dan kubu yang amat berkesan, mendahului kemajuan di Amerika dan Europah. Dalam Perperangan Maori untuk tempoh yang lama Pa moden berkesan terhadap kelebihan senjata dan tentera. Di Pa Ohaeawai pada tahun 1845, di Rangiriri pada 1864, dan sekali lagi di Gate Pa pada tahun 1864 Pasukan Kolonial (Colonial Forces) dan British mendapati serangan berhadapan terhadap Pa yang dipertahankan tidak berkesan dan amat membebankan.

Di Pa Pintu Pagar (Gate Pa) semasa Kempen Tauranga, pada 1864 pihak Maori menahan pengeboman sepanjang hari dalam perlindungan bom mereka. Seorang pakar membuat pengiraan bahawa Pa Pintu Pagar menyerap dalam satu hari bahan letupan lebih banyak setiap meter berbanding kubu parit Jerman dalam pengeboman selama seminggu sebelum Pertempuran Somme. Apabila pallisade hampir musnah, tentera British bergerak memasuki Pa, dengan mana pihak Maori menembak mereka dari perparitan tersembunyi, membunuh 38 dan mencederakan ramai lagi dalam pertempuran paling merugikan bagi Pakeha dalam Perperangan Maori. Pihak Maori kemudian meninggalkan Pa Pintu Pagar. Pihak Maori membangunkan reke bentuk Pa sendiri dalam tempoh masa yang singkat, daripada zaman batu kepada tahap Perang Dunia I dalam tempoh lebih sedikit 30 tahun.