Perkembangan Peperangan_kubu_parit

Perkembangan pertama yang dianggap kritikal berkaitan peperangan kubu parit bermula apabila konsep tentera kerahan pukal (mass-conscripted armies) diperkenalkan ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleonik. Sebelum ini, bala tentera masih terbentuk dalam bilangan askar yang kecil di mana keadaan ini tidak mampu mempertahankan kawasan besar untuk tempoh yang lama—iaitu sama ada pertarungan berlaku dalam tempoh yang amat singkat atau bertukar kepada pertempuran kepongan. Dengan adanya kelompok bala tentera yang besar (large armies), keadaan ini menyulitkan bagi satu bala tentera untuk mengepung bala tentera lawan. Namun begitu, satu bala tentera boleh memecah benteng bala tentera lawan sekiranya kaedah serbuan langsung (direct assault) dilaksanakan dengan menggunakan serbuan kavalri dan infantri. Satu contoh awal yang menggunakan benteng panjang yang diperkasakan (fortified military line) iaitu Jalur Torres Vedras di mana benteng tersebut dibina supaya ukurannya mencecah beberapa batu panjang, telah dibina oleh pihak Portugis dibawah arahan Jurutera DiRaja pihak Tentera British semasa Perang Semenanjung.

Taktik ini dianggap lebih menjurus kepada 'membunuh diri' apabila teknologi senjata api terus dimajukan pada pertengahan abad ke-19. Ketika Perang Saudara Amerika bermula pada 1861, taktik yang sama telah digunakan pada era Napoleon dan terus digunakan untuk beberapa abad seterusnya. Apabila perang yang dianggap amat berdarah tersebut hampir di penghujungnya, ia telah menjadi seolah-olah satu paparan Perang Dunia I, lengkap dengan kubu-kubu parit, mesingan-mesingan, kubu-kubu medan (field fortifications) dan bilangan kecederaan yang amat tinggi. Merujuk kepada Peperangan Petersburg yang berlaku di akhir-akhir Perang Saudara Amerika, telah wujud kubu-kubu parit dan formasi pegun, di mana keadaannya berbeza sekali dengan perang-perang awal seperti Peperangan Bull Run yang Pertama yang membayangkan pergerakan (manuever) masih boleh dilakukan, dan serbuan-serbuan masyhur seperti Serbuan Pickett di Peperangan Gettysburg, membuktikan tindakan melancarkan serbuan terus terhadap benteng lawan adalah suatu tindakan yang merugikan pihak yang menyerbu.

Pengawal Rejimen Cheshire dalam parit berhampiran La Boisselle semasa Pertempuran Somme, Julai 1916

Dua faktor utama bertanggungjawab bagi perubahan tersebut. Pertama, senjata api muat belakang (breech-loading) —yang agak menghairankan tidak diendahkan oleh kedua pihak sehingga pertengahan pertelingkahan tersebut—membolehkan sejumlah kecil tentera mengekalkan tembakan yang banyak. Sekumpulan kecil tentera yang bertahan di dalam parit atau di belakang halangan yang diperbaik mampu menghalang sejumlah besar penyerang tanpa had masa. Kedua kemunculan mesingan, yang menggandakan kuasa tentera bertahan lebih lanjut tetapi tidak menyumbang kepada penyerang (asalkan hanya tentera bertahan mampu berlindung).

Dua faktor lain juga memainkan peranan. Yang pertama adalah kemajuan pagar kawat berduri, yang secara sendiri tidak mencederakan sesiapapun tetapi —paling penting—mampu memperlahankan kemaraan tentera yang mara, dengan itu memberi masa bagi tentera bersenjatakan mesingan dan rifel mengenakan kerugian teruk.

Yang kedua muncul pada akhir Perang Saudara Amerika, dengan ciptaan meriam artileri muat belakang (breech-loading) berkelajuan tinggi. Artileri dalam satu bentuk atau yang lain telah menjadi sebahagian perperangan semenjak zaman klasik, dan dari perkembangan ubat bedil sehingga perkembangan perperangan parit pada 1860-an telah menjadi pembunuh utama. Dengan pembangunan artileri moden oleh Krupp, bagaimanapun, artileri kembali menjai kuasa pembunuh penting sebagaimana dahulu (sebagaimana ditunjukkan dengan jelas dalam Perang Perancis-Prussia 1870 hingga 1871). Artileri akan mencapai kemuncak semasa dua Perang Dunia, di mana ia menjadi senjata penentu di medan pertempuran.