Perlaksanaan Peperangan_kubu_parit

Walaupun teknologi senjata api dan tentera kerahan menukar bentuk perperangan secara mengejut, kebanyakan tentera tidak menyedari mengenai pertukaran ini dan tidak bersedia bagi menerima akibatnya. Pada permulaan Perang Dunia I, kebanyakan tentera bersedia bagi pertempuran singkat yang strategi dan taktik biasa digunakan oleh Napoleon.

Bagaimanapun, apabila peperangan meletus, Jerman dan Allied (dan kebanyakannya tentera Perancis dan British) mempelajari bahawa dengan senjata moden, lubang di tanah boleh dipertahankan oleh sejumlah kecil infantri. Untuk menyerang secara berhadapan hanya mengakibatkan korban nyawa yang tinggi, dengan itu operasi serangan sisi adalah penting. Selepas Pertempuran Aisne pada September 1914, beberapa siri cubaan menyerang sisi, dan pemanjangan barisan pertahanan bagi mematahkan cubaan ini bertukar menjadi "perlumbaan" ke laut "— Jerman dan pihak Berikat menggali apa yang pada asasnya sepasang parit menjulur daripada perbatasan Swiss di selatan sehingga ke Laut Utara di persisiran Belgium. Perperangan kubu parit berkekalan di Perbatasan Barat semenjak 16 September 1914 sehingga "Serangan Musim Bunga" Jerman, Operasi Michael, pada 21 March 1918.

Di Perbatasan Barat, parit-parit yang pada bulan-bulan awal kecil dan serba kekurangan, dengan pantas berkembang menjadi bertambah dalam dan kompleks, beransur-ansur menjadi kawasan hasil kerja pertahanan memanca yang luas. Ruang diantara parit-parit pihak yang bertentangan dikenali sebagai "no man's land" dan mempunyai jarak yang berbeza bergantung kepada medan pertempuran. Di Perbatasan Barat, lazimnya ia di antara 100 dan 300 ela, tetapi hanya 30 ela di Rabung Vimy. Selepas pengunduran Jerman ke Garis Hindenburg pada March 1917 ia menjalar lebih dari satu kilometer di beberapa tempat. Di "Pos Quinn" yang terkenal dalam keadaan sempit menghad medan pertempuran Anzac dalam pertempuran Gallipoli, parit bermusuhan hanya 15 meter jarak dan perang bom tangan berlangsung tanpa henti. Di Perbatasan Timur dan Tengah-Timur, kawasan yang dirangkumi begitu luas, dan jarak dari kilang yang membekalkan peluru, konkrit, dan kawad duri begitu jauh, sehinggakan perperangan kubu parit stail Eropah sering kali tidak berlaku.

Sistem pertahanan

Parit perhubungan British, Somme, 1916

Awal perperangan doktrin pertahanan British mencadangkan sistem parit utama yang terdiri daripada tiga garis selari dengan setiap parit dihubungi oleh parit perhubungan. Titik di mana parit perhubungan bersambung dengan parit hadapan adalah amat penting dan biasanya dipertahankan dengan kuat. Parit hadapan dikawal ringan dan biasanya hanya diduduki dengan kuat semasa "bersedia - (stand to)" antara subuh dan maghrib. Antara 70 dan 100 ela di belakang parit hadapan terdapat parit sokongan (atau "kembara"") kemana garison akan bergerak apabila parit hadapan dibedil. Antara 300 dan 500 ela kebelahang lagi terletak parit simpanan ketiga di mana askar simpanan boleh berkumpul untuk serangan balas sekiranya parit hadapan ditawan. Tatarajah pertahanan ini menjadi usang apabila kuasa meriam meningkat; bagaimanapun di sektor tertentu di hadapan, parit sokongan dikekalkan sebagai umpan bagi menarik bedilan musuh jauh dari baris hadapan dan simpanan. Api dinyalakan dalam parit sokongan agar kelihatan sedang diduduki dan sebarang kerosakan akibat bedilan meriam akan dibaiki serta merta.

Gambaran udara parit pasukan berlawan. Parit Jerman di atas, British di bawah.

Parit sementara turut dibina. Apabila serangan utama dirancang, parit pengumpulan akan digali berhampiran parit hadapan. Ini digunakan bagi memberikan perlindungan bagi gelombang tentera penyerang yang akan mengekori gelombang pertama melompat dari parit hadapan. "Saps" biasanya sementara, tidak diduduki, seringkali mati, parit utiliti digali kearah tanah rebutan. Ia memenuhi pelbagai matlamat seperti menghubungkan perparitan hadapan dangan pos mendengar hampir dengan kawad duri musuh atau memberikan baris "tapat menyerbu" hadapan bagi serangan mengejut.

Apabila baris hadapan membengkak kearah musuh, "salient" terbentuk. Baris parit cembung berhadapan dengan salient dikenali sebagai "re-entrant". Salient yang besar amat merbahaya bagi penghuninya kerana mereka boleh diserang dari tiga penjuru.

Belakang dari sistem perparitan hadapan biasanya terdapat sekurang-kurangnya dua lagi sistem perparitan separa siap, beberapa kilometer kebelakang, sedia untuk diduduki sekiranya terpaksa berundur. Pihak Jerman sering kali menyediakan sistem perparitan bertindan-tindan; pada 1916 garis hadapan Somme mereka mempunyai dua sistem perparitan lengkap, pada jarak satu kilometer, dengan sistem separa siap ketiga satu kilometer lagi kebelakang. Gandaan ini menjadikan penembusan mutlak mustahil. Sekiranya seksyen perparitan utama ditawan, parit "lencongan" akan digali bagi menyambungkan sistem perparitan kedua dengan seksyen perparitan pertama yang masih dipegang.

Pihak Jerman menjadikan reka bentuk dan pembinaan kerja-kerja pertahanan sebagai satu sains. Mereka menggunakan konkrit diperkukuh bagi membina kubu diudara dengan baik, tahan peluru meriam dan dalam termasuk kawasan kukuh yang strategik. Mereka lebih rela berbanding saingan mereka bagi melakukan pengunduran strategik kepada kedudukan pertahanan yang dipersiapkan dan lebih baik. Mereka juga lebih terdahulu menggunakan konsep "kedalaman bagi pertahanan" di mana zon hadapan selebar beratus-ratus ela dan mengandungi beberapa siri kedudukan kukuh berbanding parit yang berterusan. Setiap kedudukan kukuh mampu memberikan tembakan sokongan kepada jirannya dan sementara penyerang sering kali memiliki kebebasan puntuk bergerak antara kedudukan kukuh ini mereka akan terdedah kepada tembakan bertindanan yang membunuh. Pihak British akhirnya mengunapakai pendekatan yang serupa tetapi iperlaksanaannya tidak sempurna semasa pihak jerman melancarkan "serangan Musim panas" 1918 dan terbukti tidak berkesan.

Pembinaan perparitan

Diagram pembinaan perparitan dari buku panduan tentera pejalan kaki British tahun 1914.

Perparitan tidak pernah digali lurus tetapi digali dalam bentuk empat persegi yang memecah garis kepada ruang disambung oleh parit laluan. Ini bererti bahawa tentera tidak dapat melihat 10 meter atau lebih sepanjang perparitan, dengan itu keseluruhan perparitan tidak dapat ditawan sekiranya pihak musuh dapat menembusinya pada satu bahagian atau sekiranya bom atau peluru meriam gugur dalam perparitan, serpihannya tidak dapat bergerak jauh. Bahagian perparitan yang menghadap musuh dikenali sebagai parapet dan mempunyai tangga menembak. Bahagian belakang perparitan dikenali sebagai parados. Parados melindungi bahagian belakang tentera daripada serpihan dari peluru meriam yang jatuh di belakang perparitan. Sekiranya musuh menawan perparitan parados akan menjadi "parapet" mereka. Bahagian sisi perparitan disokong dengan guni pasir, dinding kayu dan sangkar besi. Bahagian lantai perparitan biasanya ditutupi dengan kayu (papan tunduk - duckboards).

Parit dengan pelbagai tahap kemewahan digali di belakang perparitan sokongan. Parit British biasanya sedalam 8 hingga 16 kaki, sementara parit Jerman biasanya lebih dalam, biasanya minima 12 kaki dan kadang kala 3 tingkat di bawah tanah dengan tangga konkrit untuk sampai ketingkat atas.

Tentera berkuda Australia menggunakan rifle berperskope, Gallipoli 1915

Untuk membenarkan tentera melihat keluar dari perparitan tanpa mendedahkan kepalanya, lubang tembak akan dibina pada tembok parapet. Lubang tembak mungkin celah antara beg pasir atau ia mungkin dilengkapkan dengan kepingan besi. Penembak tepat Jerman menggunakan peluru perobek perisai yang membenarkan mereka menembusi lubang tembak. Cara lain bagi melihat melalui tembok parapet adalah periskop parit — dalam bentuk paling ringkas, hanya ranting dengan dua keping cermin bersudut pada bahagian atas dan bawah. Di perparitan Anzac di Gallipoli, di mana tentera Turki menduduki kawasan tinggi, rifle berperiskop dibangunkan bagi membenarkan tentera Australia dan New Zealand untuk menembak tepat musuh tanpa mendedahkan diri mereka atas tembok parapet.

Terdapat tiga cara piwaian bagi menggali perparitan; gali parit, sapping dan mengorek terowong. Entrenching, di mana seseorang berdiri dipermukaan dan menggali ke bawah, merupakan paling berkesan kerana ia membenarkan pihak menggali untuk menggali sepanjang perparitan serentak. Bagaimanapun, penggalian parit mendedahkan penggali di atas permukaan tanah dan dengan itu hanya boleh dilakukan apabila bebas dari pemerhatian seperti di kawasan belakang atau pada waktu malam. Penggali membabitkan memanjangkan parit dengan menggali pada hujungnya. Penggali tidak terdedah tetapi hanya seorang atau dua boleh bekerja menggali parit sesuatu masa. Mengorek terowong sama seperti sapping kecuali "bumbung" tanah ditinggalkan ketika perparitan digali dan dikeluarkan apabila perparitan sedia untuk diduduki. Garis panduan bagi pembinaan parit British menyatakan bahawa ia akan mengambil masa 450 orang 6 jam (pada waktu malam) bagi menyiapkan 250 meter sistem perparitan barisan hadapan. Selepas itu perparitan memerlukan pembaikian berterusan bagi menghalang kemerosotan akibat cuaca atau pembedilan.

Kerja tanah "perparitan", Armentières, 1916

Medan tempur Flanders, yang menyaksikan pertempuran paling teruk, memberikan banyak masaalah bagi amalan perperangan kubu parit, terutama bagi pihak British, yang sering kali terpaksa menduduki tanah rendah. Di kebanyakan tempat, tahap air hanya satu meter atau sekitarnya dari permukaan, bererti sebarang perparitan yang di gali akan dipenuhi air dengan pantas. Akibatnya, kebanyakan "perparitan" di Flanders sebenarnya di atas tanah dan dibina dari kerja benteng beg pasir (sebenarnya diisi dengan tanah liat). Pada awalnya, both the parapet and parados of the trench were built in this way, but a later technique was to dispense with the parados for much of the trench line, thus exposing the rear of the trench to fire from the reserve line in case the front was breached.

Geografi Perparitan

Dengan keadaan di bawah tanah, statik, terkurung, menyebabkan perperangan kubu parit membangunkan bentuk geografinya tersendiri. Di kawasan hadapan, infrasturktur pengangkutan biasa seperti jalan dan landasan kereta api diganti dengan jaringan perparitan dan laluan tram ringan. Kelebihan penting yang boleh didapati dengan menguasai tanah tinggi bererti bukit kecil dan rabung memberi kelebihan besar. Banyak bukit rendah dan lembah begitu cetek sehinggakan tidak bernama sehinggalah baris hadapan menduduki mereka. Sesetengah bukit dinamakan sempena ketinggiannya, seperti Pertempuran Bukit 60 Perbatasan Barat. Rumah ladang, kincir angin, kuari, tunggul pokok akan menjadi tumpuan pergelutan sepenuh hati kerana ia merupakan ciri paling besar untuk dikenalpasti. Bagaimanapun, ia tidak mengambil masa yang lama bagi artileri menghancurkannya, dengan itu, selepas itu ia hanya tinggal sebagai nama pada peta.

Fail:German stormtroops Sedan May 1917.jpgStormtrooper Jerman disokong dengan penyembur api berhampiran Sedan, Perancis, May 1917

Ciri-ciri medan pertempuran boleh diberikan nama gambaran ("Hutan Polygon" berhampiran Ypres atau "[[Pertempuran Lone Pine"), nama seseka hati ("Lembah Sausage" dan "Lembah Mash" di Somme), satu unit bernama ("Inniskilling Inch" di Helles dinamakan sempena Royal Inniskilling Fusiliers) atau nama seorang tentera ("Lembah Monash" di Anzac di namakan sempena Jeneral John Monash). Ciri awalan dengan "Orang Mati - Dead Man's" juga popular keranay yang jelas, seperti "Jalan Orang Mati - Dead Man's Road" menarah ke Pozières atau "Rabung Orang mati - Dead Man's Ridge" di Anzac. Terdapat banyak jaringan perparitan yang dinamakan "Papan Catur - The Chessboard" atau "The Gridiron" kerana pola yang mereka gambarkan. Bagi tentera Australia dalam Pertempuran Ladang Mouquet, kemaraan amat pendek dan muka bumi tidak bertanda sehinggakan mereka terpaksa menamakan matlamat mereka sebagai "titik" pada peta, seperti "Titik 81" dan "Titik 55".

Perparitan musuh, yang akan menjadi sasaran dalam serangan, perlu turut dinamakan. Banyak yang dinamakan bagi kejadian yang dipantau seperti "Parit Pegawai jerman" di Anzac (di mana beberapa pegawai Jerman dilihat) atau "Parit Bekalan" di Somme (di mana kumpulan Jerman membawa bekalan dilihat). Pihak British turut memberikan perisa beralkohol kepada parit Jerman di perbatasan Ginchy; "Parit Bir", "Parit Pahit - Bitter", "Parit Hop", "Lorong Ale" dan "Parit Pilsen". Objektif yang lain dinamakan menurut peranan mereka dalam sistem parit seperti "parit Suis" dan "Parit Perantaraan" di Somme.

Sesetengah seksyen bagi sistem parit berbunyi seperti papan permainan Monopoli, dengan nama seperti "Park Lane" dan "Bond Street". Division biasa British sering menamakan parit mereka menurut unit, yang menghasilkan nama seperti "Parit Munster ("Royal Munster Fusiliers"), "Black Watch Alley" (Black Watch Regiment) dan "Border Barricade" (Border Regiment). Anzac cenderung menamakan berciri sempena tentera ("Plugge's Plateau", "Walker's Ridge", "Quinn's Post", "Johnston's Jolly", "Russell's Top", "Brind's Road" and so forth).