Perang Candu
Perang Candu

Perang Candu

United Kingdom
Perancis Michael Seymour
James Bruce, 8th Earl of Elgin
Jean-Baptiste Louis Gros
Auguste Léopold Protet
Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus antara China di bawah pemerintahan Dinasti Qing dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada menyeludup candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertama yang berlaku dari tahun 1839 sehingga 1842[1] dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].Candu adalah sesuatu yang tidak diharamkan Great Britain dan ia diseludup masuk oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China, sesuatu kegiatan yang mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada tahun 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan ke atas layanan yang diberikan ke atas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.Kekalahan China pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain memaksa kerajaan China menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, dua perjanjian yang juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah. Antara kandungan perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, yang diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan berminat membuat perjanjian yang sama dengan China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Pemberontakan Taiping (1850-1864), Pemberontakan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Qing pada tahun 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan, dan memaksa China menjadi lebih terbuka kepada dunia luar.[3].

Perang Candu

TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh1839–1842, 1856–1860
Lokasi
Selatan China, termasuk Canton (Guangzhou) dan Hong Kong
KeputusanKemenangan berpihak kepada kuasa Barat keatas China, yang membawa kepada Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin
Perubahan
wilayah
Pulau Hong Kong dan selatan Kowloon menjadi hak milik United Kingdom
Tarikh 1839–1842, 1856–1860
Lokasi
Selatan China, termasuk Canton (Guangzhou) dan Hong Kong
Keputusan Kemenangan berpihak kepada kuasa Barat keatas China, yang membawa kepada Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin
Perubahanwilayah Pulau Hong Kong dan selatan Kowloon menjadi hak milik United Kingdom