Perang China-Perancis
Perang China-Perancis

Perang China-Perancis

Perang China-Perancis (Bahasa Cina: pinyin: Zhōng Zhànzhēng, Perancis: Guerre franco-chinoise, Vietnam: Chiến tranh Pháp-Thanh) adalah satu konflik terhad yang berlangsung di antara bulan Ogos 1884 sehingga April 1885 bagi memutuskan sama ada Perancis patut mengantikan China dalam mengawal Tonkin (sebuah kawasan di utara Vietnam). Biasanya, setelah mencapai tujuan peperangan, Perancis akan menganggap bahawa mereka telah memenangi perang.[1] Walau bagaimanapun, kemenangan Perancis tercemar dengan beberapa kekalahan dalam pertempuran berasingan dan tentera China beraksi lebih baik berbanding dalam beberapa peperangan luar negara lain pada kurun ke-19. Dalam beberapa kejadian berdekatan Guangxi dan Taiwan, perang ini dianggap dimenangi oleh China.[2]