Perang Napoleon
Perang Napoleon

Perang Napoleon

Tentera pihak Penentang: Empayar Britain
 Empayar Austria[a]
 Empayar Rusia[b]
 Prusia[a]
Portugal
 Sepanyol[c]
Sicilia[d]
Sardinia
 Sweden[e]
 Empayar UthmaniyyahTujuh ahli kecil pihak Penentang:Empayar Perancis dan pihak bersekutu:
Empayar Perancis
Holland[f]
Itali
Etruria[g]
Naples[h]
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Duchy Warsaw[i]
Fail:Flag of the Confederation of the Rhine.svg Gabungan Rhine[j]:
Amerika Syarikat[j]:
George III
George IV
William Pitt
John Moore  
James Gambier
Robert Calder
Francis I dari Austria
Archduke Charles
Putera Schwazenberg
Archduke John
Duke Wellington
Horatio Nelson 
Alexander I dari Rusia
Mikhail Kutuzov
Michael Andreas Barclay de Tolly
Count Bennigsen
Gebhard von Blücher
Duke Brunswick 
Putera Hohenlohe
Francisco Castaños
Miguel de Alava
Ferdinand IV dari Naples
Selim III
Gustav IV Adolf dari Sweden
Putera Charles John[l]
William, Putera Orange
Putera Frederik
Napoléon I dari Perancis #
Joseph Bonaparte
Louis Alexandre Berthier
Joachim Murat
Louis Nicolas Davout
Jean Lannes 
André Masséna
Michel Ney
Jean-de-Dieu Soult
Jean-Baptiste Bessières 
dan Marsyal lain
Admiral Villeneuve #
Louis Bonaparte
Prince Eugène
Joachim Murat
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Prince Poniatowski 
Maximilian I
Frederick Augustus I
Jérôme Bonaparte
Frederick I
James Madison
Henry Dearborn
Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya.Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja.Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.