Perang Tiga Puluh Tahun
Perang Tiga Puluh Tahun

Perang Tiga Puluh Tahun

Perdamaian Westfalen Sweden
 Bohemia
Denmark-Norway[1]
Republik Belanda
[2] Perancis
Kurfürstentum Sachsen
Kurpfalz
Transylvania
 Holy Roman Empire[4]
Frederick V
Earl Leven
Gustav II Adolf 
Johan Baner
Maurice dari Nassau
Piet Pieterszoon Hein
Cardinal Richelieu
Louis II de Bourbon
Vicomte de Turenne
Christian IV dari Denmark
Bernhard dari Saxe-Weimar
Johann Georg I dari Saxony
Johann Tserclaes, Count Tilly 
Albrecht von Wallenstein
Ferdinand II
Ferdinand III
Franz von Mercy 
Johann von Werth
Maximilian I
Count-Duke Olivares
Ambrogio Spinola
Peperangan Tiga Puluh Tahun (1618-1648) merupakan satu siri peperangan keagamaan yang sebahagian besarnya berlaku di kawasan yang kini dikenali sebagai Jerman yang turut melibatkan hampir kesemua kuasa-kuasa Eropah ketika itu. Konflik berpunca daripada pergeseran dan perbalahan di antara puak Katolik dan Protestan di wilayah-wilayah Empayar Suci Rom, tetapi kemudiannya menular menjadi satu perang politik besar yang menjerat keseluruhan benua Eropah. Peperangan ini dilihat sebagai kesinambungan daripada permusuhan di antara Perancis dan Habsburg bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruh kedua-duanya ke atas seluruh Eropah.Kesan utama peperangan ini, yang kebanyakannya dilakukan oleh tentera upahan, ialah kemusnahan besar-besaran hampir keseluruhan wilayah yang terlibat. Ramai penduduk-penduduk di negeri-negeri Jerman, Negeri-Negeri Pamah dan Itali terkorban akibat kebuluran dan jangkitan penyaki, sementara negara-negara yang terlibat jatuh bankrap. Beberapa pergeseran yang mencetuskan peperangan ini terus tidak diselesaikan untuk tempoh yang panjang. Peperangan ini kemudiannya ditamatkan melalui Perjanjian Münster yang merupakan sebahagian daripada Perdamaian Westfalen.Sepanjang peperangan ini, jumlah penduduk negeri-negeri Jerman berkurang sebanyak 30%. Di negeri Brandenburg, kehilangan nyawa dianggarkan hampir separuh, manakala di sesetengah tempat sehingga mencecah dua pertiga. Penduduk-penduduk lelaki bekurang sebanyak separuh. Di kawasan Czech pula sebanyak satu pertiga, akibat perang, penyakit, kebuluran dan pengusiran penganut Protestan. Tentera Sweden sendiri telah memusnahkan lebih 2,000 istana, 18,000 kampung dan 1,500 pekan d Jerman, iaitu satu pertiga daripada kesemua pekan yang wujud ketika itu.

Rujukan

WikiPedia: Perang Tiga Puluh Tahun http://www.anyflag.com/history/fleur23.htm http://www.1911encyclopedia.org/Flag http://kulturnav.org/f0a37482-3736-4dd0-b56c-c7d26... http://digitalgallery.nypl.org/nypldigital/dgdispl... http://hu.wikipedia.org/wiki/Husz%C3%A1r#A_magyar_... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85134910 https://d-nb.info/gnd/4012985-8 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00570202 https://www.wikidata.org/wiki/Q2487#