Templat:Campaignbox Khazar-Arab WarsEmpayar Byzantine (Rom Timur)Syria –
Armenia –
Mesir –
Afrika Utara –
Cyprus –
Constantinople –
Georgia –
Crete –
Sicily –
Selatan ItaliEmpayar Sassanid ParsiMesopotamia –
Parsi –
Afghanistan –
Lembah IndusKhanate Khazar TurkicKaukasus –
Volga River –
AzerbaijanKerajaan Visigoth (Hispania)Empayar Frankish (Gaul)Empayar Tang China (Asia Tengah)Perang Arab-Khazar adalah satu siri kempen, biasanya dikelaskan sebagai Perang Arab-Khazar
Pertama (669) dan
Kedua (sekitar 715-737). Ia berlaku antara tentera
Khanate Khazar dan
khilafah Umayyah (selain pengantinya
Abbasiyyah) dan negeri-negeri naungan masing-masing.Semasa kurun ke-7 dan ke-8,
Khazar menempuh satu siri peperangan melawan Khilafah Umayyah, yang mana sedang mengembangkan empayar ke
Transoxiana dan
Kaukasus. Perang pertama berlaku pada awal 650 dan berakhir dengan kekalahan tentera Arab yang diketuai oleh
Abd ar-Rahman ibn Rabiah di luar bandar Khazar di
Balanjar, selepas satu peperangan di mana kedua-dua pihak mengepung satu sama lain.Pertikaian meletus sekali lagi dengan khilafah Islam pada tahun 710-an, dengan pertempuran di seberang kawasan Kaukasus. Khazars, diketuai oleh seorang putera bernama
Barjik, menyerang timur laut
Iran dan mengalahkan tentera Umayyah di
Ardabil pada tahun 730, membenuh gabenor
Arab,
Al-Djarrah al-Hakami dan secara singkat menduduki bandar ini. Mereka kemudian dikalahkan pada tahun berikutnya di
Mosul, di mana Barjik memberi arahan kepada tentera Khazar dari sebuah singahsana yang dipasang dengan kepala al-Djarrah, dan Barjik terbunuh dalam pertempuran ini. Tentera Arab pertamanya diketuai oleh seorang putera Arab
Maslamah ibn Abd al-Malik dan kemudian oleh Marwan ibn Muhammad (kemudian Khalifah
Marwan II) menyerbu menyeberangi
Kaukasus dan akhirnya pada tahun 737 mengalahkan tentera Khazar yang diketuai oleh
Hazer Tarkhan, secara singkat beliau sendiri mendiami bandar
Atil. Ketidak stabilan kerajaan Umayyah menjadikan pendudukan kekal mustahil dilakukan. Tentera Arab kemudian berundur dan kemerdekaan Khazar diserahkan kembali.Pertempuran utama terakhir di antara tentera Khazar dan khilafah berlaku pada 758, apabila sepasukan tentera Khazar yang diketuai oleh
Ras Tarkhan menyerang dan secara sementara menduduki sebahagian
Azerbaijan dan
Arran. Hubungan di antara Khazaria dan khilafah beransur baik setelah beberapa ketika, apabila pada kurun ke-10
Raja Joseph dari Khazar memberi laporan kepada
Hasdai ibn Shaprut bahawa Khazars telah mempertahankan wilayah
Kaspia dari
serangan oleh
Rus.