Perang Lapland (
Bahasa Finland: Lapin sota;
Bahasa Sweden: Lapplandskriget;
Bahasa Jerman: Lapplandkrieg) ialah nama yang diberikan bagi peperangan antara
Finland dan
Jerman Nazi antara September
1944 dan April
1945 di utara Finland.Ia dinamakan sedemikian disebabkan pertempuran berlaku di bahagian paling utara Finland,
Lapland. Seawal musim panas
1943, pemerintah tertinggi Jerman memulakan perancangan bahawa Finland akan membuat
perjanjian damai berasingan dengan
Kesatuan Soviet. Pihak Jerman merancang untuk mengundurkan tentera mereka ke utara bagi melindungi sumber
nikelFinland berhampiran
Petsamo. Semasa musim sejuk
1943-
1944, pihak Jerman membaikpulih jalan dari utara
Norway ke utara Finland dengan penggunaan
tawanan perang secara meluas (kebanyakannya ditawan di selatan
Eropah dan masih mengenakan pakaian musim panas; kematian adalah tinggi), dan mereka mengumpul bekalan di kawasan itu. Dengan itu pihak Jerman telah bersedia pada September 1944, apabila Finland berdamai dengan
Kesatuan Soviet.Ketika tentera darat Jerman berundur ke utara, tentera laut Jerman memasang
periuk api pada laluan laut ke Finland dan dengan
Operasi Tanne Ost cuba menawan
Pulau ''Suursaari'' di
Teluk Finland. Walaupun sebahagian
Wehrmacht dan pegawai tentera Finland cuba mengatur pengunduran aman, pertempuran meletus antara tentera Jerman dan Finland walaupun sebelum perjanjian perdamaian awal Soviet-Finland ditandatangani. Pertempuran semakin sengit apabila Finland cuba memenuhi tuntutan Kesatuan Soviet agar semua tentera Jerman dikeluarkan dari Finland. Dengan itu Finland berada dalam kedudukan sama seperti
Itali dan
Romania, yang selepas menyerah pada pihak Berikat, terpaksa bertempur untuk membebaskan tanah mereka dari tentera Jerman. Tugas Finland semakin sukar dengan tuntutan Soviet agar sebahagian besar tentera Finland dibubarkan pada masa yang sama, walaupun ketika kempen menentang JermanJeneral Finland
Hjalmar Siilasvuo, wira
Perang Suomussalmi, telah mengetuai operasi menentang tentera Jerman dan pada November 1944 berjaya mengusir mereka dari sebelah paling utara Finland. Tentera Jerman di bawah Jeneral
Lothar Rendulic, bagaimanapun, memusnahkan sebahagian besar kawasan tersebut dengan taktik
bumi hangus. Lebih dari satu-pertiga tempat kediaman di kawasan tersebut dimusnahkan, dan ibu kota jajahan
Rovaniemi diratakan. Tambahan kepada kehilangan harta, dianggarkan bersamaan ASD$ 300 juta (menurut nilaian ASD$
1945), sekitar 100,000 penduduk menjadi pelarian, situasi yang ditambah kepada masalah selepas pembangunan semula perang. (Selepas perang pihak berikat mengesahkan kesalahan
jenayah perang Rendulic , dan menghukumnya selama 20 tahun penjara.) Tentera Jerman akhirnya disingkirkan pada April 1945.Kematian tentera agak terhad: 1,000 tentera Finland mati sementara 2,000 bagi Jerman.