Sejarah Perbadanan_Johor

PKENJ bermula operasinya pada Ogos 1970 dengan perlantikan Menteri Besar YB Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir Bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun 1995.

Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan ekonomi di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan pertanian, pemajuan perindustrian, pemajuan hartanah dan sebagainya. JCorp juga memajukan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak 1 Julai, 1977, ia telah dilantik sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah kontrak setiap lima tahun.