Perentasan_masa

Perentasan masa atau perjalanan masa (Bahasa Inggeris: time travel, juga dalam baku Indonesia: perjalanan waktu) merupakan konsep pergerakan antara titik tertentu dalam suatu susur masa yang dirasakan seakan-akan mirip pergerakan antara titik berbeza dalam sesebuah ruang dengan objek atau seseorang, biasanya menggunakan peranti bayangan dikenali sebagai mesin masa. Ia adalah konsep yang banyak diketahui malah dimaklumkan dalam kedua-dua bidang falsafah dan cereka; idea ini mula dimasyhurkan dalam bidang kedua tersebut melalui pengkaryaan novel berjudul The Time Machine (1895) oleh H. G. Wells yang mengisahkan seorang saintis yang berjaya merentasi ruang masa melalui suatu mesin ciptaannya yang berfungsi.Kemungkinan sama ada perjalanan dari suatu titik masa merentas ke suatu titik masa terdahulu secara fizikal tidak dapat dipastikan atau disahkan dengan yakin. Perjalanan ke titik masa kehadapan yang berada di luar rasa persepsi masa biasa adalah fenomena yang diperhatikan secara meluas dan difahami dengan baik dalam rangka kerelatifan jenis-jenis khas dan umum. Walau bagaimanapun, memajukan atau melambatkan satu jasad-jasad terlebih dahulu daripada beberapa milisaat berbanding dengan jasad yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan teknologi semasa[1] Bagi perjalanan ke titik masa belakang pula, ada mungkin penyelesaian dalam relativiti umum yang membolehkannya dapat dicari, tetapi penyelesaian memerlukan syarat-syarat yang mungkin tidak mungkin secara fizikal. Kemampuan melangkah ke sebarang titik dalam ruang masa sewenang-wenangnya sukar disokong dan sangat terhad dalam fizik teori malah biasanya hanya berkaitan dengan mekanik kuantum atau lubang cacing, yang juga dikenali sebagai jambatan Einstein-Rosen.

Rujukan

WikiPedia: Perentasan_masa http://www.asimovs.com/_issue_0407/onthenet2.shtml http://science.howstuffworks.com/time-travel.htm http://www.springerlink.com/app/home/contribution.... http://timetravelportal.com/viewtopic.php?t=293 http://timetravelportal.com/viewtopic.php?t=300 http://www.theory.caltech.edu/people/patricia/lcto... http://web.mit.edu/adorai/timetraveler http://plato.stanford.edu/entries/time-machine/ http://plato.stanford.edu/entries/time-travel-phys http://plato.stanford.edu/entries/time-travel-phys...