Pergerakan_Pengakap

Pergerakan pengakap atau lebih umumnya nama kepanduan (Bahasa Inggeris: Scout Movement) merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal - para anggota dalam pergerakan sebegini diberi nama pengakap, pandu atau pramuka (lihat peristilahan di bawah).[1]Penekanannya adalah kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang dianggap sebagai pelopor "Bapa Pengakap Sedunia".