Periskop
Periskop

Periskop

Periskop adalah sejenis alat untuk mencerap atas, sekitar atau melalui sebuah objek, halangan atau keadaan yang menghalang pemerhatian garis penglihatan langsung daripada kedudukan semasa seorang pemerhati.[1][2]Ia terdiri dalam bentuk yang paling mudahnya daripada sebuah bekas yang dipasangkan dengan cermin pada setiap hujung bekas tersebut, dengan cermin-cermin ini diselarikan antara satu sama lain pada sudut 45°. Bentuk periskop dengan penambahan dua kanta mudah ini digunakan untuk tujuan pemerhatian di medan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Anggota tentera juga menggunakan periskop dalam beberapa turet meriam dan kenderaan berperisai.[1]Periskop yang lebih rumit reka bentuknya menggunakan prisma dan/atau gentian optik canggih serta membolehkan pembesaran imej. Jenis periskop ini beroperasi dalam kapal selam serta pelbagai bidang sains. Keseluruhan reka bentuk periskop kapal selam yang klasik kapal terdiri daripada konsep mudah dua teleskop yang menunjuk ke arah satu sama lain. Jika dua teleskop mempunyai pembesaran berbeza, maka perbezaan antara kedua-dua periskop ini menyebabkan pembesaran atau pengurangan secara keseluruhan.