Perissodactyla
Perissodactyla

Perissodactyla

Perissodactyla (Yunani: περισσός, perissós, "tidak sekata", + δάκτυλος, dáktylos, "jari") merupakan sebuah order mamalia yang telapuknya mempunyai bilangan jari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang).[2] Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahli Artiodactyla berjari genap yang ruminan, ianya mempunyai perut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencerna selulosa tumbuhan di dalam usus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialah kuda, tenuk, dan badak sumbu.