Perjanjian Perjanjian_Inggeris-Siam_1909

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Ralph Paget Duta Britain di Siam Mewakili King Great Britain dan Ireland serta Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Luar Kerajaan Siam ketika itu.

Butir-butir Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti berikut:-

  1. Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau bersebelahan kepada Great Britain.
  2. Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi perjanjian.
  3. Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.
  4. Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan Siam.
  5. Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.
  6. Hak rakyat British di Siam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai, dll.
  7. Pengesahan perjanjian lama .
  8. Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).


Perjanjian Bangokok 1909 berkuatkuasa selepas 4 bulan dimeterai. Beberapa upacara penyerahan kawasan dilakukan, pada 15 Julai 1909 upacara penyerahan Kedah kepada British diadakan di Balai Besar, Alor Setar. Majlis tersebut dihadiri oleh Sultan Abdul Hamid, Tengku Mahmud serta Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Kedah, Williamson Penasihat Kewangan Siam mewakili Raja Siam, George Maxwell mewakili British. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, wakil Kerajaaan Siam, Williamson membawa utusan Raja Chulalongkorn yang mengatakan Raja Siam berasa sedih kerana setelah begitu lama hubungan erat telah wujud terpaksa diputuskan kerana perjanjian itu.Raja Siam berharap Kerajaan Kedah dapat mencapai kemakmuran buat masa akan datang dan Kedah mencapai kemakmuran di bawah naungan British.[18] Sementara itu,upacara penyerahan wilayah Reman (sekarang dikenali sebagai Hulu Perak) kepada Perak turut dilakukan. Antara pembesar dan wakil kerajaan yang menghadiri upacara tersebut adalah seperti berikut:-

  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.
  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.