Ekonomi Perlombongan_di_Australia

Beberapa syarikat perlombongan multinasional besar seperti BHP Billiton, Newcrest, Rio Tinto, Alcoa, Chalco, Alcan dan Xstrata beroperasi di Australia. Terdapat juga banyak syarikat perlombongan dan penerokaan mineral kecil yang tersenarai dalam Bursa Saham Australia, ASX. Secara keseluruhannya, sektor sumber merangkumi hampir 20 peratus daripada pasaran ASX dalam pemodalan dan hampir sepertiga dalam kalangan syarikat yang tersenarai.[8]

Sektor perlombongan menyumbang kira-kira 5.6% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia. Angka ini meningkat daripada 2.6% pada 1950, tetapi menurun daripada melebihi 10% pada 1900.[9] Sebaliknya, eksport mineral menyumbang lebih kurang 35% dalam eksport Australia. Australia merupakan pengeksport terbesar arang (35% perdagangan antarabangsa), bijih besi, plumbum, berlian, rutil, zink dan zirkonum di dunia, pengeksport kedua terbesar dunia bagi emas dan uranium, serta pegeksport ketiga terbesar bagi aluminium.[10]

Dalam kalangan negara maju, mungkin hanya Kanada dan Norway memiliki sektor perlombongan dengan peranan besar dalam ekonomi mereka; sebagai perbandingan, sektor perlombongan merangkumi 3.6% ekonomi Kanada dan 32% eksport Kanada,[11] dan sektor perlombongan Norway yang dikuasai bidang petroleum, menyumbangkan 19% KDNK dan 46% eksport Norway.[12] Perlombongan di Amerika Syarikat pula hanya menyumbang kepada 1.6% dalam KDNK negara itu.[13]

Meskipun dengan kepentingan eksportnya, sektor perlombongan hanya memberikan sebilangan kecil pekerjaan, iaitu kira-kira 129,00 orang Australia, hanya kira-kira 1.3% jumlah buruh keseluruhan.[14]

Rujukan

WikiPedia: Perlombongan_di_Australia http://www.asx.com.au/investor/industry/mining/asx... http://www.hogan-mining.com.au/ http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://www.sbs.com.au/gold/story.html?storyid=135 http://www.southaustralianhistory.com.au/burra.htm http://www.southaustralianhistory.com.au/glenosm.h... http://www.southaustralianhistory.com.au/kapunda.h... http://www.southaustralianhistory.com.au/moonta.ht... http://www.publish.csiro.au/?act=view_file&file_id... http://www.gc3.cqu.edu.au/modern-world/index.php#a...