Persamaan_medan_Einstein

Persamaan medan Einstein (bahasa Inggeris: Einstein field equations (EFE) atau Einstein's equations) ialah suatu set sepuluh persamaan dalam teori Einstein mengenai kerelatifan am yang menjelaskan interaksi asas graviti sebagai akibat ruang waktu menjadi melengkung oleh jirim dan tenaga.[1] Pertama kali diterbitkan Einstein pada 1915[2] sebagai persamaan tensor, EFE menyamakan lengkungan ruangmasa (diungkapkan oleh tensor Einstein) dengan tenaga dan momentum di dalam ruangmasa itu (diungkapkan oleh tensor tekanan-tenaga).Mirip dengan cara medan elektromagnet ditentukan dengan menggunakan cas dan arus melalui persamaan Maxwell, EFE digunakan untuk menentukan geometri ruangmasa yang terhasil daripada kehadiran jisim-tenaga dan momentum linear, iaitu, mereka menentukan tensor metrik ruangmasa untuk suatu susunan tertentu tekanan-tenaga dalam ruangmasa. Hubungan di antara tensor metrik dan tensor Einstein membenarkan EFE untuk ditulis sebagai suatu set persamaan pembezaan separa tak linear apabila digunakan dalam cara ini. Penyelesaian EFE ialah komponen tensor metrik. Trajektori inersia zarah dan pancaran (geodesik) pada geometri terhasil kemudiannya dikira menggunakan persamaan geodesik.Selain mematuhi keabadian tenaga-momentum tempatan, EFE menurun kepada hukum kegravitian Newton di mana medan graviti adalah lemah.Teknik-teknik penyelesain untuk EFE termasuk meringkaskan anggapan seperti simetri. Kelas istimewa penyelesaian tepat paling sering dikaji kerana mereka memodelkan banyak fenomena graviti, seperti lohong hitam berputar dan pengembangan alam semesta. Peringkasan lanjut dicapai dengan menganggap ruangmasa sebenar sebagai ruangmasa leper dengan sisihan kecil, membawa kepada EFE terlinear. Persamaan ini digunakan untuk mengkaji fenomena seperti gelombang graviti.

Persamaan_medan_Einstein

Rujukan

WikiPedia: Persamaan_medan_Einstein http://www.news.utoronto.ca/bin6/051122-1839.asp http://books.google.com/books?id=T6IVyWiPQksC&pg=P... http://www.youtube.com/watch?v=8MWNs7Wfk84&feature... http://nausikaa2.mpiwg-berlin.mpg.de/cgi-bin/toc/t... http://math.ucr.edu/home/baez/einstein/einstein.ht... http://www.alberteinstein.info/gallery/gtext3.html http://arxiv.org/abs/astro-ph/0202008 http://www.black-holes.org/relativity6.html //doi.org/10.1007%2FBF01811088 http://www.jb.man.ac.uk/~jpl/cosmo/blunder.html