Pengasas Persatuan_Palang_Merah_dan_Bulan_Sabit_Merah_Antarabangsa

Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.

Buku itu mencadangkan :

Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .

Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.