Jean_Henry_Dunant
Jean_Henry_Dunant

Jean_Henry_Dunant

Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) lahir pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.