Persatuan_Pemain_Bolasepak_Profesional_Malaysia

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (Inggeris: Professional Footballers Association of Malaysia; singkatan: PFAM) ialah pertubuhan perwakilan untuk pemain bola sepak profesional di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2009.[1] Ia bergabung dengan organisasi pemain bola sepak profesional seluruh dunia, FIFPro, sejak 22 Oktober 2013.[2] Ia telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 4 Ogos 2014.[3]PFAM tidak aktif selama beberapa tahun sehingga ia diaktifkan semula pada tahun 2013, dengan Hairuddin Omar dipilih sebagai presiden persatuan.[4]PFAM ialah pemangkin bagi kebajikan pemain bola sepak di Malaysia, sama ada masih aktif bersara.[5] PFAM juga bertanggungjawab untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM, diberikan kepada pemain terbaik di Malaysia setiap bulan.