Persidangan_Perubahan_Iklim_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu_2015

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015, juga disebut COP 21 atau CMP 21, telah diadakan di Paris dari 30 November sehingga 12 Disember 2015. Persidangan ini merupakan persidangan tahunan ke-21 anggota UNFCCC sejak UNFCCC ditubuhkan pada tahun 1992, dan persidangan ke-11 sejak Protokol Kyoto 1997.[1]Persidangan ini mewujudkan Perjanjian Paris yang digunapakai oleh negara anggota.[2] Persetujuan ini akan mengikat secara perundangan jika sekurang-kurangnya 55 negara yang mewakili 55 peratus pelepasan gas rumah hijau global tahunan meratifikasi Perjanjian Paris atau mendaftarkan diri di New York dari 22 April 2016 hingga 21 April 2017.[3][4][5] Perjanjian ini dijangka berkuatkuasa menjelang 2020.[6] Harapan utama COP21 ialah mengurangkan pemanasan global hingga maksimum 2 darjat Celcius sehingga 2100[3][7] meskipun dalam piagam persetujuan Paris tertulis sasaran utamanya ialah maksimum 1.5 darjat Celcius.[2] Berdasarkan analisis pakar, sasaran 1.5 darjat Celcius dapat dicapai jika antara tahun 2030 hingga 2050 tiada pelepasan gas rumah hijau.[2]Sebelum persidangan bermuka, 146 negara anggota mewakili draf negara masing-masing mengenai sumbangan mereka terhadap iklim. Dari pelbagai rangka keraja, dianggarkan bahawa pembatasan pemanasan global hanya mencapai maksimum 2.7 darjat Celcius pada tahun 2100.[8] Salah satu indikator pesimisme terbesar ialah komitmen Kesatuan Eropah yang hanya mensasarkan penurunan pelepasan hingga 40 peratus pada tahun 2030 terhadap pelepasan 1990.[9]

Rujukan

WikiPedia: Persidangan_Perubahan_Iklim_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu_2015 http://www.cnn.com/2015/12/12/world/global-climate... http://apnews.excite.com/article/20151129/eu-clima... http://unfccc6.meta-fusion.com/cop21/events http://www.nytimes.com/2015/11/29/opinion/sunday/w... http://ec.europa.eu/clima/policies/international/n... http://www.cop21.gouv.fr/en http://www.cop21.gouv.fr/en/learn/what-is-cop21/ http://www.ncdc.noaa.gov/sotc/ http://unfccc.int/meetings/paris_nov_2015/meeting/... http://unfccc.int/resource/docs/2015/cop21/eng/l09...