Selepas Persidangan_Potsdam

Truman telah menyebut mengenai sebuah "senjata baru" yang tidak dipastikan kepada Stalin dalam persidangan tersebut. Menuju akhir persidangan itu, Jepun telah diberikan kata dua untuk menyerah diri (atas nama Amerika Syarikat, Great Britain dan China) atau menghadapi "pembinasaan segera dan terpaksa" yang tidak termasuk menyatakan jenis senjata yang digunakan. Perdana Menteri Jepun Kantarō Suzuki tidak memberi sebarang komen[7] (mokusatsu, yang ditafsirkan sebagai pengakuan bahwa Empayar Jepun "tidak akan menghiraukan" kata dua ini). Maka dengan itu, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada tiga hari kemudian. Tindakan tersebut diberi alasan bahawa kedua-dua bandar-bandar merupakan sasaran tentera yang sah, untuk mengakhiri perang ini dengan pantasnya serta mengelakkan lebih banyak askar-askar Amerika lagi daripada terkorban. Sesetngah orang menganggap pemasaan tindakan tersebut menunjukkan bahawa Truman tidak mahukan Stalin terlibat dalam syarat-syarat penyerahan diri Jepun. Satu perkara penting yang perlu ditekankan ialah tujuan Truman melengah-lengahkan Persidangan ini iaitu memastikan fungsian "senjata baru"nya.[petikan diperlukan] Ketika Truman memberitahu Stalin mengenai bom yang dibangunkan oleh Amerika, Truman tidak menyebut mengenai sifat atomnya dan hanya samar-samarnya mengatakan bahwa Amerika Syarikat "mempunyai senjata baru berkuasa membinasakan yang luar biasa";[8] namun Stalin sebaliknya mengetahui dengan penuh pembangunan bom atom tersebut melalui rangkaian perisik Soviet dalam Projek Manhattan, dan memberitahu Truman dalam persidangan tersebut untuk "menggunakan senjata baru bagi Pihak Berikat ini dengan sebaiknya".[9]

Kesatuan Soviet menukarkan negara-negara Eropah Timur yang lainnya menjadi negara satelit dalam Blok Timur, seperti Republik Rakyat Poland, Republik Rakyat Bulgaria, Republik Rakyat Hungary,[10] Republik Czechoslovak,[11] Republik Rakyat Romania[12] dan Republik Rakyat Albania.[13] Kesatuan ini kemudiannya membentuk sebuah negara boneka bernama Jerman Timur (secara rasminya Republik Demokratik Jerman) daripada zon pendudukannya sendiri dalam Jerman.[14]