Selepasnya Pertempuran_Gaugamela

Selepas pertempuran, Parmenion mengumpulkan deretan pembawa barangan Parsi sementara Iskandar dan pengawal peribadinya sendiri mengejar Darius dangan harapan menyainginya. Sebagaimana dalam Pertempuran Issus, sejumlah besar rampasan diperolehi selepas pertempuran, dengan 4,000 talent dirampas, termasuk juga busur dan pedati peribadi Raja. Gajah perang turut dirampas.

Darius berjaya melarikan dirinya dari pertempuran dengan sejumlah kecil pasukan utamanya kekal padu. Pasukan berkuda Bactrian dan Bessus berjaya menyainginya, termasuk juga sebahagian Pengawal Diraja dan 2,000 tentera upahan Yunani yang terselamat.

Pada titik ini, Empayar Parsi terbahagi kepada dua – Timur dan Barat. Iskandar akan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Raja Agung. Selepas melarikan dirinya, Darius memberi ucapan kepada baki tenteranya. Dia bercadang untuk menuju lebih jauh ke Timur, dan mendirikan tentera lain bagi menghadapi Iskandar sementara Iskandar dan Mecadonia menuju ke Babylon. Pada masa yang sama dia menghnatar surat kepada satrapies Timurnya meminta mereka kekal taat kepadanya.

Satrapies tersebut, bagaimanapu, mempunyai matlamat lain. Bessus membunuh Darius, sebelum lari kearah timur. Iskandar kan mengejarnya, akhirnya menangkap dan membunuhnya pada tahun berikutnya. Sebahagian besar satraps yang ada kemudiannya berikrar taat kepada Iskandar, dan dibenarkan mengekalkan kedudukan mereka, bagaimanapun, Empayar Persia secara tradisi dianggap jatuh dengan kejatuhan Darius.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Gaugamela http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.iranchamber.com/history/achaemenids/arr... http://www.lbdb.com/TMDisplayBattle.cfm?BID=94 http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://monolith.dnsalias.org/~marsares/warfare/bat... http://www.forumromanum.org/literature/justin/engl... http://www.livius.org/aj-al/alexander/alexander09....