Pertempuran Pertempuran_Gaugamela

Kedudukan awal

Pertempuran bermula dengan pasukan Persia telahpun bersedia di medan pertempuran. Darius telah mendapatkan pasukan berkuda terbaik dari satrap Timurnya dan dari puak Scythian sekutunya. Darius turut menggunakan pedati bersabit yang telah disediakan muka bumi lapang dihadapan tenteranya. Dia turut memiliki 15 gajah perang India yang disokong oleh pedati India, sungguhpun ia tidak memainkan peranan dalam pertempuran. Sebelum pertempuran, Darius memerintah semak samun dan tumbuhan disingkirkan dari medan pertempuran, bagi memaksimumkan keberkesanan pedatinya.

Kedudukan awal dan gerakan pembukaannya.

Darius duduk ditengah-tengah tentera pejalan kaki terbaiknya sebagaimana tradisi dikalangan raja-raja Persia. Dia dikelilingi di sebelah kanannya tentera berkuda Carian, tentera upahan Yunani, dan pengawal berkuda Persia. Di tengah kanan dia meletakkan pengawal pejalan kaki Persia (Persian foot guards') (Pembawa Epal/Abadi - gelaran diberikan oleh orang Yunani), Tentera berkuda India dan pemanah Mardiannya.

Dikedua belah sisi diletakkan tentera berkuda. Bessus memerintah sisi kiri dengan pasukan berkuda Bactria, Dahae, Arachrosian, Persia, Susian, Cadusian, dan Scythians. Pedati di letakkan di hadapan bersama sekumpulan kecil Bactrian. Mazaeus memerintah sisi kanan dengan tentera berkuda dari Syria, Media, Mesopotamia, Parthia, Sacia, Tapuria, Hyrcania, Albania, Sacesinia, Cappadocia, dan Armenia. Pasukan dari Cappadocian dan Armenian diletakkan di hadapan unit tentera berkuda lain, dan mendahului serangan. Tentera berkuda Albanian dan Sacesinian dihantar mengelilingi bagi menyerang sisi kiri Macedonian.

Macedonians dibahagikan kepada dua, dengan sayap kanan diperintah oleh Iskandar sendiri, dan disebelah kiri oleh Parmenion. Iskandar bertempur dengan pasukan berkuda Temannya (Companion cavalry). Bersamanya adalah pasukan berkuda ringan Paionia, dan Macedonian. Pasukan berkuda tentera upahan dibahagikan kepada dua bahagian, dengan pasukan veteren dibelakang kanan, dan bakinya diletakkan dihadapan pemanah Agrians dan Macedonian yang ditempatkan bersebelahan dengan pasukan phalanx. Parmenion diletakkan di sebelah kiri dengan unit Thessalia, tentera upahan Yunani, dan pasukan berkuda Thracia. Di sana mereka berfungsi sebagai pergerakan bertahan sementara Iskandar melaksanakan serangan pemutus dari sebelah kanan.

Bahagian tengah kanan formasi terletak askar upahan Cretan. Dibelakang mereka terletak sekumpulan askar berkuda Thessalian di bawah arahan Phillip, dan tentera upahan Achaian. Di sebelah kanan sebahagian lagi dari sekutu pasukan berkuda Yunani. Bermula dari situ terletak phalanx, yang diletakkan dalam dua baris. Diatasi bandingan 5:1 dalam tentera berkuda, dengan barisan mereka dilepasi satu batu, ia kelihatannya Macedon sudah pasti akan dihimpit sisi oleh tentera Persi. Barisan kedua diberi perintah untuk menangani sebarang gerakan sisi sekiranya berlaku. Baris kedua terdiri kebanyakannnya tentera upahan.

Permulaan pertempuran

Serbuan pedati bersabit Persia.

Semasa pertempuran Iskandar menggunakan strategi luar biasa yang telah diulang hanya beberapa kali sepanjang sejarah. Dia merancang menarik sebanyak mungkin tentera berkuda Parsi ke belakang. Matlamatnya adalah menghasilkan ruang dalam barisan musuh di mana serangan mutlak boleh dilancarkan kearah Darius di tengah-tengah. Ini memerlukan gerakan dan masa yang hampir sempurna, dan Raja Agung yang memulakan tindakan. Macedon mara dengan bahagian sayapnya melencong pada sudut 45 darjah bagi memancing pasukan berkuda Parsi untuk menyerang. Iskandar memaksa Darius untuk menyerang (kerana mereka akan bergerak keluar dari tempat yang disiapkan) sungguhpun Darius tidak mahu menjadi yang pertama untuk menyerang selepas melihat apa yang berlaku di Issus terhadap formasi yang serupa. Akhirnya Darius terpaksa, dan dia memulakan serangan.

Darius kini melancarkan pedatinya, sesetengahnya dipintas oleh Agrianians. Ia dikatakan bahawa tentera Macedon telah berlatih taktik baru bagi menyangga pedati merbahaya ini sekiranya pedati ini menyerang barisan mereka. Barisan pertama akan ketepi membuka ruang. Kuda itu akan mengelak melanggar tombak pada barisan pertama, dan memasuki "perangkap tikus", hanya dihentikan oleh pembawa tombak baris kedua. Pemandu pedati kini boleh dibunuh dengan mudah. Pedati itu dapat ditewaskan.

Serangan muktamad Iskandar

Ketika pasukan Persia bergerak semakin jauh kebelakang Macedon ketika menyerang, Iskandar dengan perlahan menyerap masuk tentera belakangnya (rear guard). Iskandar kemudiannya berpisah dari pasukan Teman (Companions), dan bersedia untuk serangan pemutus pada Persia. Mendahului serangan, dia membentuk unitnya berbentuk baji dengan mengetuai serbuan. Di belakang mereka adalah brigade pengawal bersama sebarang batalion phalanx yang mampu diundurkan dari pertempuran. Ia kemudiannya diikuti oleh tentera bersenjata ringan. Iskandar mengetuai kebanyakan tentera berkudanya dan bergerak di sepanjang baris hadapan Darius, dan bergerak keluar dari medan pertempuran yang disediakan. Dengan melakukan ini, dia memaksa Darius memerintahkan pasukan berkuda yang berada di baris hadapan untuk menghalang pasukan Iskandar. Tanpa sepengetahuan Darius, Iskandar telah menyembunyikan sepasukan peltasts (pasukan pejalan kaki bersenjatakan lastik lontar, tombak (javelin), dan busur pendek) di belakang tentera berkudanya dan Iskandar perlahan-lahan memaksa pasukannya bergerak mengiring, kearah bahagian utama Parsi, sehingga akhirnya berlaku bukaan antara kiri Bessus dan bahagian tengah Darius dan Iskandar kemudiannya menghantar pasukan berkudanya bagi menyerbu dan mengasingkan barisan Parsi. Pada masa yang sama pasukan peltast menyerang pasukan berkuda Parsi, agar menghalang mereka daripada menunggang kembali bagi bertempur dengan pasukan berkuda Iskandar yang menyerbu.

Serangan mutlak Iskandar.

Formasi baji yang besar ini menghentam terus kepada pusat Persia yang lemah, menghapuskan pengawal di raja Persia, dan askar upahan Yunani. Bessus pada sebelah kiri, kini terpisah dari Darius, dan bimbang dia sendiri akan dihentam dengan formasi baji ini, mula mengundurkan pasukannya. Darius kini terdedah kepada bahawa dikepong, dan pendapat yang diterima moden kini adalah ia kini ketakutan dan lari, dengan sisa tenteranya mengekorinya. Ini berasaskan catatan Arrian (Anabasis 3.14):

"For a short time there ensued a hand-to-hand fight; but when the Macedonian cavalry, commanded by Alexander himself, pressed on vigorously, thrusting themselves against the Persians and striking their faces with their spears, and when the Macedonian phalanx in dense array and bristling with long pikes had also made an attack upon them, all things together appeared full of terror to Darius, who had already long been in a state of fear, so that he was the first to turn and flee."[5]

Pendapat yang kurang diterima ramai adalah tentera Darius telahpun hancur apabila Darius lari, dan ini disokong oleh dairi astronomi dari Babylon yang ditulis dalam tempoh beberapa hari selepas pertempuran:

The twenty-fourth [day of the lunar month], in the morning, the king of the world [i.e., Alexander] [erected his] standard [lacuna]. Opposite each other they fought and a heavy defeat of the troops [of the king he inflicted]. The king [i.e., Darius], his troops deserted him and to their cities [they went]. They fled to the land of the Guti.[13]

Rusuk kiri

Iskandar mampu mengejar Darius pada tempoh ini. Bagaimanapun, dia menerima perutusan terdesak dari Parmenion (kejadian yang kemudiannya akan digunakan oleh Callisthenes dan yang lain bagi merendahkan Parmenion) di sebelah kiri. Iskandar kini berhadapan dengan pilihan mengejar Darius, tetapi kehilangan tenteranya, atau kembali kesayap kiri bagi membantu Parmenion dan mengekalkan pasukannya. Pada akhirnya, dia memutuskan bagi membantu Parmenion, dan mengekori Darius kemudiannya.

Sementara mempertahankan sayap kiri, bukaan terbentuk pada baris kiri dan tengah Macedonia. Pasukan unit berkuda Persia dan India yang diletakkan di tengah bersama Darius berjaya menembusinya. Tetapi disebalik dari menyerang formasi phalanx atau Parmenion dari belakang, mereka terus menuju kearah kem untuk menjarah. Mereka turut cuba membantu Ibu Ratu Sisygambis tetapi dia enggan mengikuti mereka. Dalam perjalanan balik, unit India membunuh hampir 60 pasukan berkuda Teman (Companion).

Ketika itu, semasa bahagian tengah dan Darius kucar-kacir, Mazaeus turut mengundurkan tenteranya sebagaimana yang dilakukan oleh Bessus. Bagaimanapun, tidak seperti Bessus disayap kiri, tentera Parsi mulai kucar-kacir ketika unit berkuda lain dan Thessalian menyerbu musuh yang sedang berundur.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Gaugamela http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.ancientlibrary.com/wcd/Alexander_the_Gr... http://www.iranchamber.com/history/achaemenids/arr... http://www.lbdb.com/TMDisplayBattle.cfm?BID=94 http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://monolith.dnsalias.org/~marsares/warfare/bat... http://www.forumromanum.org/literature/justin/engl... http://www.livius.org/aj-al/alexander/alexander09....