Pertempuran_Moscow
Pertempuran_Moscow

Pertempuran_Moscow

Laut Baltik - Laut Hitam - Artik - (Rösselsprung - Konvoi PQ 17 - Wunderland)1941Barbarossa - (Białystok dan Minsk - Smolensk - Uman - Leningrad - Kiev Pertama - Sevastopol - Rostov - Moscow) - Finland - Chechnya1942Pertempuran Rzhev - (Toropets dan Kholm - Demyansk - Velikiye Luki - Mars) - Kharkov Kedua - Case Blue - Stalingrad - (Uranus - Winter Storm)1943Kharkov Ketiga - Kursk - Smolensk Kedua - Dnieper Hilir - Kiev Kedua1944Dnieper dan Carpathian - Leningrad dan Novgorod - Narva - Poket Hube - Crimea - Jassy-Kishinev - Karelia - Bagration - Lvov dan Sandomierz - Jassy-Kishinev Kedua - Baltik - Debrecen - Petsamo dan Kirkenes - Hungary1945Fasa 2Fasa 3Fasa 4Pertempuran Moscow (Bahasa Rusia: Битва за Москву) adalah nama yang diberi oleh para sejarawan Soviet pada dua tempoh pertempuran strategik yang penting di keluasan 600 km (370 mi) di sektor Barisan Timur semasa Perang Dunia II. Ia berlaku antara Oktober 1941 dan Januari 1942. Daya usaha pertahanan Soviet menghampakan serangan Hitler keatas Moscow, ibu negara Kesatuan Soviet (USSR) dan merupakan kota raya terbesar Soviet. Moscow adalah salah satu objektif ketenteraan dan politik utama bagi Kuasa Paksi didalam pencerobohan Soviet Union mereka.Penyerangan strategik Jerman, dinamakan Operasi Typhoon, dirancang dengan menjalankan dua serangan kacip, satu di utara Moscow menentang Barisan Kalinin oleh Tentera Darat Panzer Ke-3 dan Tentera Darat Panzer Ke-4, secara serentak memutuskan landasan keretapi Moscow–Leningrad, dan satu lagi ke selatan Wilayah Moscow menentang Barisan Barat di selatan Tula, oleh Tentera Darat Panzer Ke-2, manakala Tentera Darat Ke-4 mara terus ke arah Moscow dari barat. Satu rancangan operasi Jerman yang berasingan, diberi nama kod Operasi Wotan, telah dimasukkan kedalam fasa terakhir penyerangan Jerman.Pada mulanya, tentera Soviet membuat pertahanan strategik Wilayah Moscow dengan membina tiga lingkaran pertahanan, mengerahkan ketumbukan simpanan yang baru diwujudkan, dan membawa askar-askar daripada Wilayah Tentera Siberia dan Wilayah Tentera Timur Jauh. Selepas itu, apabila penyerangan Jerman terhenti, satu penyerangan balas strategik dan operasi penyerangan berskala kecil Soviet telah dilaksanakan bagi memaksa ketumbukan Jerman kembali ke posisi di sekitar bandar-bandar Oryol, Vyazma dan Vitebsk, hampir mengepung tiga ketumbukan tentera darat Jerman semasa proses itu.