Pertempuran_Prokhorovka
Pertempuran_Prokhorovka

Pertempuran_Prokhorovka

Tentera Darat Ke-5 Pengawal[lower-alpha 6]Tentera Darat Pertama Kereta KebalTentera Darat Ke-6 Pengawal[lower-alpha 8]69Laut Baltik - Laut Hitam - Artik - (Rösselsprung - Konvoi PQ 17 - Wunderland)1941Barbarossa - (Białystok dan Minsk - Smolensk - Uman - Leningrad - Kiev Pertama - Sevastopol - Rostov - Moscow) - Finland - Chechnya1942Pertempuran Rzhev - (Toropets dan Kholm - Demyansk - Velikiye Luki - Mars) - Kharkov Kedua - Case Blue - Stalingrad - (Uranus - Winter Storm)1943Kharkov Ketiga - Kursk - Smolensk Kedua - Dnieper Hilir - Kiev Kedua1944Dnieper dan Carpathian - Leningrad dan Novgorod - Narva - Poket Hube - Crimea - Jassy-Kishinev - Karelia - Bagration - Lvov dan Sandomierz - Jassy-Kishinev Kedua - Baltik - Debrecen - Petsamo dan Kirkenes - Hungary1945Pertempuran Prokhorovka telah berlaku pada 12 Julai 1943 berhampiran Prokhorovka, 87 kilometer (54 mi) dari tenggara Kursk, Soviet Union, semasa Perang Dunia Kedua. Bertempat di Barisan Timur, peperangan itu adalah sebahagian daripada Pertempuran Kursk yang lebih luas, dan berlaku apabila Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal dari Tentera Merah Soviet menyerang Kor II SS-Panzer dari Wehrmacht Jerman dalam salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah ketenteraan.[lower-alpha 9]Pada April 1943, Markas Besar Jerman mula mempersiapkan Operasi Citadel, dengan tujuan untuk melitup dan memusnahkan tentera Soviet dalam unjuran Kursk. Markas Tertinggi Soviet, Stavka, mengetahui niat Jerman dan menyediakan garisan pertahanan yang berturut-turut disepanjang laluan penyerangan Jerman yang dirancang. Pihak Soviet juga mengumpulkan beberapa ketumbukan darat jauh kedalam di belakang pertahanan mereka sebagai simpanan. Kumpulan ini, iaitu Barisan Steppe, adalah untuk digunakan bagi melancarkan penyerangan balas mereka apabila kekuatan Jerman telah berkurangan. Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal adalah formasi penyerangan utama Barisan Steppe. Pada 5 Julai 1943 pihak Jerman melancarkan penyerangan mereka. Di sebelah selatan unjuran tersebut, Tentera Darat Ke-4 Panzer Jerman, bersama Detasmen Ketumbukan Kempf di sebelah rusuk timurnya, menyerang pertahanan Barisan Voronezh Soviet.Selepas seminggu penyerangan Jerman, pihak Soviet menyerangbalas. Di sebelah selatan unjuran tersebut yang berhampiran Prokhorovka, Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal bertembung Kor II SS-Panzer dari Tentera Darat Ke-4 Panzer, menyebabkan satu pertempuran besar armor. Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal telah musnah dalam serangan itu, tetapi berjaya menghalang Jerman daripada menawan Prokhorovka dan memecah masuk lingkaran pertahanan ketiga untuk mencapai kebebasan operasi. Penyerangan Jerman kemudian dibatalkan dan tentera mereka berundur. Tentera Merah meneruskan penyerangan besar dan merampas inisiatif strategik di Barisan Timur, yang mana ia pegang sepanjang peperangan.

Pertempuran_Prokhorovka