Operasi Pertubuhan_Berita_Nasional_Malaysia

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok, Beijing, New Delhi dan Dubai dan koresponden khas di Washington, London, Manila, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.