Perubatan_tradisional_Melayu

Akupunktur · Ayurveda · Herbalisme · Homeopati · Kiropraktik · Naturopati · Osteopati · Perubatan antroposofik ·Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan Tok Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.[1] Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk ubat tradisional Melayu yang dipasarkan. Dianggarkan pada masa ini melebihi 13,000 jenis tumbuh-tumbuhan yang berpotensi untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat 2,000 hingga 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia yang telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional.[1] Satu lagi faktor tentang mengapa perubatan tradisional Melayu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat adalah kerana ia lebih murah, berbanding dengan rawatan dan perubatan lain. Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Dikalangan bangsawan, terdapat juga buku perubatan dikarang, yang dipengaruhi dari Parsi seperti kitab Tib yang dikarang. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu.[1]Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular sehingga amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh golongan bangsawan dan para cendekiawan.[1] Masyarakat Melayu lebih mempercayai perubatan Barat yang dibawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan mereka terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan tradisional Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu kerana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun.