Perundangan_spesifik_baka
Perundangan_spesifik_baka

Perundangan_spesifik_baka

Perundangan spesifik baka ialah undang-undang diluluskan oleh badan perundangan berkaitan dengan baka tertentu atau baka haiwan bela jinak. Dalam amalan, ini secara umumnya merujuk undang-undang berkaitan dengan baka anjing atau baka tertentu.Sesetengah bidang kuasa telah menggubal perundangan spesifik baka sebagai gerak balas terhadap bilangan insiden yang sangat mendapat publisiti melibatkan jenis pit bull' atau baka anjing lain biasanya digunakan dalam laga anjing, dan sesetengah pertubuhan kerajaan seperti Tentera Darat[1] dan Kor Marin Amerika Syarikat[2] telah mengambil tindakan pentadbiran juga. Perundangan ini berbagai-bagai daripada pengharaman mutlak atas pemilikan anjing ini, kepada penyekatan dan pensyaratan atas pemilikan, dan kerap penubuhan anggapan di sisi undang-undang bahawa anjing ini secara prima facie adalah "berbahaya" atau "ganas" di sisi undang-undang. Sebagai gerak balas, sesetengah kerajaan peringkat negeri di Amerika Syarikat telah melarang atau menyekat kebolehan kerajaan perbandaran di dalam negeri itu untuk menggubal perundangan spesifik baka.[3]Secara umumnya bidang kuasa di Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai hak untuk menggubal perundangan spesifik baka adalah tetap dalam undang-undang kes; walau bagaimanapun, kesesuaian dan keberkesanan perundangan spesifik baka dalam pencegahan kematian dan kecederaan gigitan anjing dipertikaikan.[4] Salah satu sudut pandangan ialah baka anjing tertentu ialah isu keselamatan awam yang mematutkan tindakan seperti pelarangan pemilikan, pengembirian/peneuteran wajib untuk semua anjing baka ini, implan mikrocip dan insurans liabiliti, atau pelarangan banduan feloni daripada memilikinya.[5][6] Satu lagi sudut pandangan ialah perundangan "gigitan anjing" menyeluruh, disertai oleh pendidikan pengguna lebih baik dan pemandatan sah amalan pemeliharaan haiwan peliharaan bertanggungjawab, ialah penyelesaian lebih baik daripada perundangan spesifik baka kepada masalah anjing berbahaya.[7][8] Sudut pandangan ketiga ialah perundangan spesifik baka tidak patut melarang baka sepenuhnya, tetapi patut ketat mengawal selia syarat yang di bawahnya baka tertentu boleh dimiliki, contohnya, melarang kelas individu tertentu daripada memilikinya, menentukan kawasan awam yang di situ ia dilarang, dan menubuhkan syarat, seperti memerlukan anjing memakai berongsong, untuk membawa anjing daripada baka tertentu ke tempat awam.[9] Akhirnya, sesetengah kerajaan, seperti kerajaan Australia, telah melarang pengimportan baka tertentu dan memerlukan pengembirian/peneuteran semua anjing wujud daripada baka ini dalam usaha untuk menghapuskan populasi dengan perlahan melalui penyusutan semula jadi.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Perundangan_spesifik_baka http://www.theaustralian.com.au/news/pit-bull-bite... http://www.abc.net.au/pm/content/2005/s1359018.htm http://www.dogbitelaw.com/PAGES/breedlaws.html#arg... http://www.dogbitelaw.com/pitbullDenver.pdf http://www.scribd.com/doc/13296614/US-Army-Bans-Pi... http://www.abanet.org/genpractice/magazine/2009/ju... http://www.avma.org/advocacy/state/issues/sr_breed... http://www.avma.org/public_health/dogbite/dogbite.... http://www.dogsbite.org/about-dogsbite.htm http://www.hsus.org/pets/issues_affecting_our_pets...