Tuanku Panglima Perunggit, yang juga bergelar
Kejuruan Padang,
[1] ialah pemerintah kedua (1641-1700)
Kesultanan Deli (sekarang di
Sumatera Utara,
Indonesia).
[2][3] Baginda meneruskan pemerintahan ayahandanya
Tuanku Panglima Gocah Pahlawan,
[4] sebagai panglima perwakilan (wali negara)
Kesultanan Aceh yang memerintah di bekas wilayah
Kerajaan Aru yang telah ditaklukkan.
[4] Nama bondanya ialah Putri Nang Bulan beru Surbakti, adinda perempuan datuk
Sunggal, Datuk Itam Surbakti, salah seorang pemerintah (
Karo: raja urung)
suku Karo di
Deli Tua.
[5]Kerana pengaruh Kesultanan Aceh kemudian melemah di berbagai-bagai daerah di Sumatera, Perunggit mengambil kesempatan untuk membuat Deli merdeka dan berdaulat.
[3][6] Baginda mula mendapat sokongan dari
Syarikat Hindia Timur Belanda di
Melaka, dan pada tahun 1667 menghantar utusan langsung ke ibu pejabatnya di
Batavia.
[6] Pada tahun 1669, Perunggit mengumumkan bahawa Deli bebas dari kekuasaan Aceh.
[3][6]Perunggit berkahwin dengan adinda perempuan datuk Sukapiring.
[4] Selepas baginda mangkat, pemerintahannya diteruskan oleh anakandanya,
Tuanku Panglima Paderap.
[2][4]