Pengenalan Pesawat_udara_tanpa_pemandu

Terdapat pelbagai jenis bentuk, saiz, tatarajah dan ciri-ciri sesebuah UAV. Untuk kegunaan rencana ini dan bagi membezakan UAV dengan peluru berpandu, UAV ditakrifkan sebagai berupaya dikawal dan dikekalkan, penerbangan separas dan dikuasai oleh sebuah enjin jet atau enjin salingan. Peluru berpandu krus tidak diklaskan sebagai sebuah UAV kerana sepertimana peluru berpandu yang lain, kenderaan ini sendiri merupakan sejenis senjata yang tidak boleh digunakan semula, meskipun dalam sesetengah kes ia tidak berpemandu dan dikendalikan secara kawalan jauh.

Singkatan UAV boleh dikembangkan dalam beberapa kes kepada "Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu" (unmanned-aircraft vehicle system, UAVS). Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menerima kelas generik Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (unmanned aircraft system, UAS) yang pada asalnya diperkenalkan oleh Tentera Laut A.S. bagi menggambarkan fakta bahawa UAV bukan semata-mata merupakan sebuah pesawat, tetapi sistem, termasuk stesyen darat dan unsur-unsur lain.