Sejarah Petrol

Penggunaan awal

Sebelum enjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan terhadap kutu dan telurnya. Pada masa tersebut, perkataan Petrol merupakan satu cap dagangan. Rawatan sebegini tidak lagi digunakan berikutan risiko kebakaran dan dermatitis

Di A.S., petrol juga dijual sebagak cecair pembersih kesan minyak dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki minyak mereka.

Nama gasolin pada masa tersebut merujuk kepada satu lagi hasil petroleum iaitu petrolatum, yang diniagakan dengan nama Vaseline. Cap dagangan Gasoline, walau bagaimanapun, tidak pernah didaftarkan, maka ia menjadi istilah umum. Petrol juga digunakan di dapur serta sebagai bahan api pelita dan dapur mudah alih.

Semasa Perang Franco-Prussia (1870–1871), pétrole dikumpulkan di Paris untuk kegunaan bagi menentang serangan Jerman-Prussia di bandar raya berkenaan. Lama kemudian pada tahun 1871, semasa revolusi Paris Commune, khabar angin tersebar di serata bandar raya mengenai pétroleuses, perempuan yang menggunakan bom petrol untuk menyebabkan kemusnahan di bangunan-bangunan.

Etimologi

Perkataan "gasolin" diperoleh pada tahun 1865 daripada perkataan gas dan imbuhan akhiran kimia -ina/-ena. Ejaan moden perkataan tersebut mula digunakan pada tahun 1871. Bentuk pendek "gas" mula direkodkan penggunaannya dalam Bahasa Inggeris Amerika pada 1905.[1]Asalnya gasolin merujuk kepada mana-mana minyak bahan api bagi enjin petrol; bahan api metanol juga telah dianggap sebagai gasolin.[2]

Istilah "petrol" mula digunakan bagi merujuk kepada hasil penapisan minyak seawal tahun 1892 (sebelum ini ia merujuk kepada petroleum belum bertapis), dan telah didaftarkan sebagai cap dagangan oleh peniaga British Carless, Capel & Leonard hasil cadangan Frederick Richard Simms.[3] Walaupun ia tidak pernah didaftar secara rasmi, pesaing Carless menggunakan istilah "Motor Spirit" sehingga dekad 1930-an.[4] Ada yang mengatakan perkataan tersebut diceduk oleh Edward Butler pada tahun 1887.[5]

Di Jerman dan beberapa negara Eropah lain, petrol dipanggil sebagai Benzin (Jerman), Bensin (Sweden), Benzyna (Poland) dan beberapa varian lain. Penggunaannya tidak merujuk kepada Bertha Benz, yang menggunakan kedai bahan kimia untuk membeli petrol bagi pemanduannya dari Mannheim ke Pforzheim pada tahun 1888, tetapi merujuk kepada bahan kimia benzena.

Rujukan

WikiPedia: Petrol http://www.abc.net.au/health/library/petrol_ff.htm http://www.abc.net.au/health/library/stories/2005/... http://www.chrysler-restorers-sa.org.au/crcmag154.... http://i-r-squared.blogspot.com/2006/09/here-comes... http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=901... http://money.cnn.com/pf/features/lists/global_gasp... http://www.energysupplylogistics.com/terminals http://www.etymonline.com/index.php?search=gasolin... http://www.etymonline.com/index.php?search=petrol http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0907/is...