Piala_Agong

Piala Agong merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM). Piala Agong dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (nama lama PBSMM) untuk dijadikan rebutan di antara pemenang Piala Emas Raja-Raja dan pemenang Piala Agong tahun sebelumnya. Perlawanan pertama telah dilangsungkan pada tahun 1962[2].

Piala_Agong

Juara semasa  Negeri Sembilan (2016)[1]
Kawasan  Malaysia
Ditubuhkan 1962; 58 tahun yang lalu (1962)
Jumlah pasukan 2