Pertandingan Piala_Dunia_FIFA_1998

Tiada banyak kejutan di pusingan pertama. Pasukan-pasukan pilihan layak secara mudah dari kumpulan masing-masing.

Perlawanan England-Argentina di pusingan kedua dipilih sebagai yang terbaik. Pentas di Geoffroy-Guichard, Saint-Etienne, 30 Jun 1998, tersebut ditandai dengan dua tendangan penalti pada 45 minit pertama.

Separuh masa kedua penuh drama. David Beckham diusir pengadil Kim Nielsen (Denmark) kerana "menendang" Diego Simeone. Gol "kemenangan" Sol Campbell dibatalkan kerana dianggap tidak sah.

Kegagalan penalti David Batty akhirnya mengembirakan Argentina. Walau bagaimanapun pasukan Tango disekat 1-2 oleh pasukan Belanda pada peringkat suku akhir.Sayangnya, Belanda juga terhenti di separuh akhir, juga melalui tendangan penalti, kalah 1-4. Kehebatan dan reputasi Brazil, dengan Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia 1997, diharapkan mampu menahan Perancis.

Perancis memulakan langkah dengan perlahan tapi bergaya. Les Bleus memimpin kumpulan C dengan nilai sempurna setelah menundukkan Afrika Selatan 3-0, Arab Saudi 4-0, dan Denmark 2-1.

Menghadapi Paraguay di pusingan kedua, Perancis layak hasil jaringan emas Laurent Blanc pada minit ke-113. Itali yang menjadi lawan pada suku akhir disingkirkan dengan keputusan 4-3 melalui tendangan penalti.

Di separuh akhir, tuan rumah berhadapan dengan pasukan yang paling mengejutkan di Piala Dunia 1998, Croatia. Negara pecahan Yugoslavia yang ditangani Miroslav Blazevic itu menyingkirkan Jerman 3-0 pada suku akhir yang lain.

Davor Suker--penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol--menjaringkan gol pertama pada minit ke-46. Perancis berterima kasih kepada pemain pertahanannya Lilian Thuram yang menjaring dua gol, pada minit ke-47 dan 69.

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_1998 http://www.fifa.com/classicfootball/matches/qualif... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompw... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompw... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=1013/...