Tempat Piala_Suzuki_AFF_2010

Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường.[10] Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini.[11] Pasukan yang mara ke separuh akhir juga akan menjadi tuan rumah perlawanan, dalam hal ini, Malaysia yang mara akan menggunakan Stadium Nasional bagi perlawanan mereka di separuh akhir dan perlawanan akhir.


Jakarta Palembang Hanoi Nam Dinh Kuala Lumpur
Stadium Gelora Bung KarnoStadium Gelora SriwijayaStadium Nasional Mỹ ĐìnhStadium Thiên TrườngStadium Nasional Bukit Jalil
Kapasiti: 88,083Kapasiti: 40,000Kapasiti: 40,000Kapasiti: 30,000Kapasiti: 87,411

Rujukan

WikiPedia: Piala_Suzuki_AFF_2010 http://www.affsuzukicup.com/ http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.... http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.... http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_733548/Thailan... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_733550/Indones... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_735207/Thailan... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_735208/Laos_0_... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_735722/Singapo... http://www.affsuzukicup.com/_webapp_739695/Malaysi...