Penghitungan Piama

Bulan-bulan ini dibahagikan kepada dua musim yakni:[5]

  • musim timur yang kering dari November hingga Januari
  • musim barat atau musim piama "muda" (Jun-Julai) dan "tua" (Ogos-Oktober)

Pada dahulunya, nama bulan-bulan ini diberikan terus daripada urutan kedudukannya sebelum kemudiannya diselaraskan ilmu falak Arab mengikut zodiak atau rasi langit dengan buruj utama dinampakkan pada ketika ini. Setiap bulan piama ditetapkan dalam tempoh tertentu mempunyai petanda utama yang diamati dari persekitaran agar melakukan pekerjaan bersesuaian masa:[6]

Nama bulanRasi dinampakkanTempoh dalam
takwim Gregorius
Petanda alam diperhatikan
LamaBaru
SaKaus
Jawi: ‏قوس‎‎
Pemanah23 November–22 DisemberPokok gelenggang besar berbunga
DuaJadi
Jawi: ‏جدي‎‎
Kambing Duyung23 Disember–21 JanuariAir banjir menyurut, ikan dan tuntung kembali ke bendang sawah
TigaDelu
Jawi: ‏دلو‎‎
Timba22 Januari–20 FebruariPokok macang berbunga, angin timur mula bertiup
EmpatHut
Jawi: ‏حوت‎‎
Ikan21 Februari–21 MacBunga durian berkembang, angin timur meniup kencang, pokok gajus/janggus berbuah
LimaHamal
Jawi: ‏حمل‎‎
Bebiri22 Mac–21 AprilTiada bayang terlihat serembang matahari
EnamSaur/Thaur
Jawi: ‏ثور‎‎
Jantan22 April–22 MeiKelopak bunga keranji berguguran ("hujan")
TujuhJauza
Jawi: ‏جوزاء‎‎
Kembar23 Mei–22 Jun
LapanSar(a)tan
Jawi: ‏سرطان‎‎
Ketam23 Jun–23 JulaiBintang-bintang boleh dilihat di langit pada waktu subuh
SembilanAsad
Jawi: ‏أسد‎‎
Singa24 Julai–23 Ogos
SepuluhSunbulah
Jawi: ‏سنبلة‎‎
Perawan24 Ogos–23 SeptemberTiada bayang terlihat serembang matahari
SebelasMizan
Jawi: ‏ميزان‎‎
Neraca24 September–23 OktoberKedengaran bunyi burung balai
Dua BelasAkrab
Jawi: ‏عقرب‎‎
Kala24 Oktober–23 NovemberKedengaran bunyi burung ruak-ruak