Piawaian_emisi_Eropah
Piawaian_emisi_Eropah

Piawaian_emisi_Eropah

Piawaian emisi Eropah menetapkan had yang boleh diterima bagi pengeluaran asap ekzos kenderaan kenderaan baru yang dijual di negara-negara ahli Kesatuan Eropah. Piawaian emisi ini ditakrifkan dalam satu siri arahan Kesatuan Eropah dengan pengenalan progresif bagi piawaian yang semakin ketat secara berperingkat-peringkat.Buat masa sekarang, pengeluaran gas nitrogen oksida (NOx), jumlah hidrokarbon (THC), hidrokarbon bukan metana (NMHC), karbon monoksida (CO) dan partikel halus (PM) dikawal bagi kebanyakan jenis kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, bas, lori, kereta api, traktor dsb., tetapi tidak termasuk kapal laut dan kapal terbang. Bagi setiap jenis kenderaan, piawaian berbeza dikenakan. Pematuhan ditentukan dengan menjalankan enjin semasa kitar ujian. Kenderaan yang tidak lulus piawaian tidak dibenarkan untuk dijual di Kesatuan Eropah, tetapi piawaian baharu tidak dikenakan kepada kenderaan sedia ada di jalan raya. Tiada penggunaan teknologi khusus yang diwajibkan untuk memenuhi piawaian, walaupun teknologi sedia ada dipertimbangkan semasa merangka piawaian. Model baharu yang diperkenalkan mestilah lulus piawaian semasa atau yang sedang dirancang, tetapi rujukan model dengan kitar hayat pendek boleh terus ditawarkan dengan enjin pra-lulus.

Rujukan

WikiPedia: Piawaian_emisi_Eropah http://europa.eu/rapid/pressReleasesAction.do?refe... http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/6337057.stm http://eur-lex.europa.eu/LexUriServ/LexUriServ.do?... http://ec.europa.eu/environment/air/transport/road... http://glossary.eea.europa.eu/ http://www.eea.europa.eu/themes/transport http://www.euractiv.com/en/transport/euro-5-emissi... http://www.dieselnet.com/standards/eu/ld.html http://www.rivm.nl/bibliotheek/rapporten/500043002... http://europa.eu/rapid/pressReleasesAction.do?refe...