Selangor Pihak_Berkuasa_Tempatan

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri terkaya di Malaysia dan paling berpenduduk iaitu seramai 6 juta lebih. Selangor dan WP Kuala Lumpur membentuk lembah klang iaitu pergabungan Bandaraya Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitar Kuala Lumpur seperti Shah Alam,Petaling Jaya,Subang Jaya dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan di Lembah Klang ini juga mudah dengan kemunculan LRT,MRT dan sebagainya.

Bandaraya

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur apabila Kerajaan Persekutuan mahu mengambil Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Di Shah Alam juga terletak segala pusat pentadbiran negeri. Shah Alam juga salah satu bandaraya yang tercantik di Malaysia dengan landskape pokok-pokok bunga yang dihiasi di sepanjang jalanraya di pusat bandar Shah Alam. Hasil ini adalah daripada hasil tangan Majlis Bandaraya Shah Alam itu sendiri. Shah Alam juga terkenal dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz sebagai masjid terbesar di Malaysia dan ikon Shah Alam dan lambang kebanggaan negeri Selangor. Shah Alam juga terkenal dengan Stadium Shah Alam, stadium terbesar di Malaysia, segala perlawanan bola sepak di dalam negara berlangsung di sini.

Petaling Jaya merupakan bandaraya di Selangor. Petaling Jaya diiktiraf sebagai sebuah bandaraya pada tahun 2006. Nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Petaling Jaya ditukar daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kekeliruan segelintir rakyat Malaysia yang masih menganggap kawasan di Petaling Jaya sebagai Kuala Lumpur. Ini kerana bandaraya Petaling Jaya terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Pembangunan di Petaling Jaya sama membangun seperti di Kuala Lumpur menyebabkan rakyat Malaysia sukar membezakan di antara dua bandaraya hebat ini.

Perbandaran

Subang Jaya merupakan sebuah bandar yang terletak di pinggir bandaraya Petaling Jaya. Subang Jaya diantara bandar yang membangun dan mahu mendapat pengiktirafan sebagai sebuah bandaraya pada masa akan datang. MPSJ meliputi kawasan Subang,Puchong hingga Seri Kembangan. Di zon MPSJ tidak mempunyai hospital awam, hospital terdekat di sini adalah hospital Sungai Buloh yang terletak di zon MBPJ manakala hospital awam yang lain adalah di Shah Alam yang terletak di zon MBSA.

Ampang Jaya merupakan bandar yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur. Ampang dan Hulu Kelang adalah dua mukim yang membentuk zon MPAJ ini.Kawasan Hulu Kelang adalah kawasan daripada Taman Melawati ke Kg.Hulu Kelang, manakala kawasan Ampang pula daripada kawasan Pandan ke Lembah Jaya. Kawasan bandar Ampang Jaya ini sebahagian besarnya adalah kawasan bandar manakala hanya sebahagian kecil sahaja kampung. Infrastruktur kian berlaku di kawasan Ampang dan juga Hulu Kelang dengan projek negara lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang ataupun lebih dikenali penduduk setempat dengan nama MRR2 yang dibaikpulih kerana lebuhraya tersebut selalu mengalami kesesakan jalan raya. Hospital Ampang adalah hospital awam yang terdapat di zon MPAJ ini.


Bandar Kajang merupakan sebuah bandar yang terletak di belah tenggara bandaraya Kuala Lumpur.Kajang,Cheras,Serdang dan Bangi adalah salah satu bandar yang terletak di dalam zon MPKJ' ini. Manakala Dusun Tua,Hulu Langat,Semenyih adalah salah satu kampung yang terletak di dalam zon MPKJ ini. Kemudahan pengangkutan awam juga mudah dengan penciptaan MRT,LRT dan bas awam.Hospital Serdang adalah hospital awam yang terdapat di zon MPKJ ini.

Bandar Selayang merupakan bandar yang terletak di utara bandaraya Kuala Lumpur bersempadan dengan PBT ('MBPJ) dan (MPAJ). Majlis Perbandaran Selayang kurang mempunyai kemudahan pengangkutan kerana sistem aliran transit LRT hanya berhenti ke Gombak sahaja dan tidak lalu ke kawasan MPS yang lain seperti Rawang,Kuang dan sebagainya. Sebahagian kawasan ini adalah bandar seperti Batu Caves,Gombak Setia,Rawang manakala kawasan lain adalah kawasan luar bandar (Kampung). Di zon MPS ini terdapat Hospital Selayang iaitu hospital awam.

Sepang merupakan salah satu bandar yang membangun. Sepang juga mempunyai bandar siber iaitu Cyberjaya yang terletak di pinggir bandar Putrajaya. Di Sepang tidak mempunyai hospital awam, Hospital yang terdekat sekali di Sepang adalah hospital Putrajaya.

Daerah