Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014diadakan bagi kerusi
parlimen P51
Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 .Hari penamaan calon diadakan pada 12 Mei 2014. Kekosongan itu berikutan Ahli Parlimen sedia ada,
Karpal Singh [1] kemalangan maut di km 301.6
Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran
Gua Tempurung ,
Perak pada 17 April 2014. Karpal Singh dari
Parti Tindakan Demokratik /
DAP , sebuah parti komponen
Pakatan Rakyat . Beliau berkhidmat di sana sejak 1978 dan menjadi pengerusi DAP (2004-2014). Beliau menang dengan majoriti 41778 undi berbanding
Barisan Nasional (
MCA) iaitu Teh Beng Yeam dalam
Pilihan raya umum Malaysia 2013.
[2]Pengerusi
SPR, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa PRK kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat selain yang dikemas kini sehingga 17 April 2014. Sebelum ini, empat PRK melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di
Kuala Besut,
Terengganu;
Sungai Limau,
Kedah;
Kajang,
Selangor dan
Balingian,
Sarawak. Dua akibat peletakan jawatan dan dua lagi kematian. PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei 2014 berikutan penyandangnya meninggal dunia akibat penyakit kanser.
[3]daftar pemilih itu mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82, 255 orang pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.“SPR menggunakan
Dewan Sri Pinang,
George Town,
Pulau Pinang sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi selain turut membuka 21 pusat mengundi yang lain.“Sebanyak 21 pusat mengundi itu merangkumi 17 pusat pengundian biasa yang mengandungi 139 tempat mengundi (saluran) dan empat pusat pengundian awal yang mempunyai empat tempat mengundi (saluran). PRK Parlimen Bukit Gelugor melibatkan tiga DUN dan anggaran kos perbelanjaan PRK itu adalah RM1.9 juta.SPR melantik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Anuar Yahya sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Bukit Gelugor. “SPR juga melantik 1,095 orang petugas pilihan raya .Selain itu SPR menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau setiap aktiviti sepanjang tempoh berkempen.
[4]