Keputusan Pilihan_raya_umum_Malaysia_1964

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding pilihan raya umum yang dahulu. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.

Seramai enam orang calon wanita telah bertanding merebut kerusi Parlimen. Daripada jumlah tersebut, hanya dua orang calon sahaja yang berjaya iaitu Datin Hajah Fatimah Hashim dan Datin Fatimah Haji A. Majid, kedua-duanya merupakan calon Parti Perikatan. Datin Hajah Fatimah Hashim bertanding yang bertanding di kawasan Jitra-Padang Terap mendapat 15,835 undi mengalahkan Lebai Isa Haji Mohd Mohd dari PAS dengan kelebihan sebanyak 9,730 undi. Manakala Datin Fatimah Haji A. Majid yang bertanding bagi kawasan Johor Bahru Timur memperolehi 12,606 undi mengalahkan lawannya Puan Tan Ag Ngoh dari Parti Sosialis Front yang mendapat 5,343 undi dan Encik Mohd Noor bin Jetty dari parti PETIR yang hanya mendapat undi sebanyak 733.

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu. Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan menjadi hanya separuh.

Jadual keputusan

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1964: Parlimen

Parti% undiKerusi
Parti Perikatan (Alliance):58.3789
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)38.1459
   Persatuan Cina Malaysia (MCA)18.68 27
   Kongres India Se-Malaysia (MIC) 1.55  3
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 2.06  1
Parti Progresif Penduduk (PPP) 3.65  2
Parti Islam SeMalaysia (PMIP)14.45 9
Barisan Sosialis16.15  2
Parti Negara0.36  0
UDP4.30  1
Calon bebas0.66  0
Jumlah besar100.0104
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Berkaitan