Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan kerajaan MalaysiaPilihan Raya Umum Malaysia 1964 merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaanPersekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos1957. Ia telah diadakan pada hari Sabtu, 24 April 1964 itu 2 hari selepas Hari Raya Haji. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat dikekalkan pada bilangan 104.Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kedua ini ialah Perikatan, Sosialis Front, PAS, Parti Demokratik Bersatu (UDP), NEGARA, PPR, PETIR. Pilihan raya kali ini berjalan ketika negara Malaysia berhadapan ketegangan Konfrontasi daripada negara jiran terutama Indonesia. Konfrantasi dan cita-cita Sukarno yang hendak menjajah Malaysia telah dikemukakan sebagai soal terbesar yang perlu diputuskan dalam pilihan raya ini.